Entri
kali ini saya ingin kongsikan cara mengira zakat simpanan emas.
Kadar
Nisab bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 20,299 iaitu bersamaan dengan nilai 85
gram emas (20 Dinar). Bagi penyimpan emas, anda diwajibkan membayar zakat emas
apabila simpanan emas mencecah 85 gram dan telah disimpan melebihi setahun
(cukup haul).
Berikut
adalah contoh bagaimana cara mengira berapa banyak zakat yang perlu dikeluarkan
oleh pemilik emas.
Ali
(bukan nama sebenar) memiliki emas sebanyak 100 gram yang disimpan melebihi
setahun.
Cara
Kiraan:
Formula:
(Kadar
Nisab (Tahun Semasa) / 85 gram) X 2.5% (Kadar Zakat)
Cara Pengiraan:
(RM
20,299.00 / 85 X 100 gram) X 0.025 (2.5 %) = RM 23,811.18 X 0.025 = RM 597.03
Zakat
emas yang perlu di bayar oleh Ali:
RM 597.03
Nota:
1. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengetahui
harga 1 gram emas mengikut kadar
hisab tahun semasa.
2. Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah dengan mendarab jumlah
gram yang dimiliki dengan harga 1 gram yang diperolehi.
3. Langkah ketiga yang perlu dilakukan adalah dengan mendarab nisbah
zakat yang ditetapkan iaitu sebanyak 2.5% dari jumlah keseluruhan emas yang
ada.
Mudahkan
cara pengiraannya. Kiraan ini hanya terpakai bagi emas simpanan sahaja. Emas
perhiasan lain sikit kadar nisabnya (bergantung kepada negeri). Emas perhiasan
yang tidak dipakai pun dikira sebagai emas simpanan juga ya. Pengiraan zakat
tidak mengambil faktor ketulenan emas yang disimpan.
Tunaikan
kewajiban membayar zakat dengan emas. Ia lebih mudah dicapai berbanding simpanan
tunai. Sesungguhnya pahala zakat itu jauh lagi besar dari pahala sedekah.
Cara
pengiraan ini terpakai bagai zakat perak juga. Bezanya adalah kadar nisab bagi
simpanan perak adalah sebanyak 595 gram.
Tekan
pautan di bawah untuk mengetahui cara menentukan jumlah gram yang perlu
dibayar.
Yang
menulis,
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Dealer
Public Gold
Youtube Channel:
Cara Mudah Kira Zakat Emas
Cara Mudah Kira Zakat Emas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan