Isnin, 18 Januari 2021

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Bila Masa Sesuai Jual Balik Emas?

Ini adalah antara soalan yang sering menjadi tanda tanya bagi seorang penyimpan emas atau baru ingin membeli emas buat kali pertama.

Berikut saya kongsikan waktu sesuai untuk menjual kembali emas yang dimiliki.

Sebab 1: Berlakunya Kecemasan

Ketika mengalami kegawatan dari segi kewangan seperti kehilangan pekerjaan, kenderaan rosak dan sebagainya. Pada masa itu anda boleh memilih sama ada jual kembali emas yang ada untuk dapatkan wang tunai atau gadai untuk mendapatkan pinjaman segera. Pastikan anda hanya menjual atau gadai mengikut jumlah yang diperlukan sahaja.

Emas yang dijual ketika gawat perlulah diganti semula semasa dalam keadaan stabil dari segi kewangan. Kerana kita tidak tahu bila lagi akan berlakunya kegawatan pada masa hadapan.

Bertindak ikut keadaan dan keperluan. Sentiasa bersedia menghadapi hari yang mencabar ketika hari yang aman.

Entri Berkaitan:


Sebab 2: Modal Perniagaan

Ketika anda inginkan modal untuk memulakan perniagaan atau besarkan perniagaan sedia ada.

Pada masa itu anda boleh memilih sama ada jual kembali emas yang ada untuk dapatkan wang tunai atau gadai untuk mendapatkan pinjaman segera.

Pelaburan kedua terbaik selepas ilmu dan kemahiran adalah pelaburan terhadap perniagaan sendiri.

Entri Berkaitan:


Sebab 3: Capai Matlamat

Ketika jumlah gram emas yang disimpan telah mencukupi untuk memulakan langkah mencapai impian. 

Pada masa itu anda boleh menjual kembali emas yang dimiliki mengikut jumlah yang diperlukan. Kemudian bertindak untuk mencapai impian tersebut.

Entri Berkaitan:


Inilah tiga cadangan yang saya boleh kongsikan kepada anda bagi mengetahui waktu sesuai untuk menjual balik emas yang ada.

Simpan dengan ilmu, simpan dengan matlamat.

Yang menulis,


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan