Pajak
Gadai adalah salah satu dari aktiviti ekonomi yang telah
lama bertapak di Malaysia semenjak sebelum merdeka lagi. Kewujudan industri ini
adalah bagi membantu masyarakat mendapatkan wang tunai segera dengan menjual
(pajakan) atau mengadaikan aset yang dimiliki (bagi mendapatkan pinjaman). Antara
aset yang sering digunakan semasa proses pajak gadai adalah barang kemas,
jongkong emas, syilling, jam Rolex dan sebagainya bergantung pada polisi
sesebuah kedai pajak gadai.
Secara umumnya terdapat dua jenis kedai pajak gadai yang ada di Malaysia iaitu kedai pajak gadai Konventional dan Ar-Rahnu (Patuh Syariah). Perbezaan antara keduanya adalah terletak pada polisi yang diamalkan.
Entri kali ini saya ingin kongsikan kepada anda ciri-ciri emas yang dinilai oleh Ar-Rahnu ketika proses gadaian. Ia meliputi barang kemas, jongkong dan syilling.
Ciri-ciri yang dikongsikan ini tidak mengikut susunan dan ia bergantung kepada polisi sedia ada setiap Ar-Rahnu.
1# Ketulenan Emas
Emas memiliki tahap ketulenan yang berbeza. Lagi tinggi ketulenan, lagi mahal kadar pembiayaan yang bakal diterima. Oleh itu, amatlah penting bagi pihak Ar-Rahnu mengesahkan ketulenan emas yang digadai oleh pelanggan sebelum menentukan kadar pembiayaan yang diluluskan.
Berikut adalah ketulenan emas yang biasa diperolehi di pasaran:
Entri Berkaitan:
Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Emas
2# Jenama Emas
Jenama emas memainkan peranan penting bagi pihak Ar-Rahnu sebelum menerima emas yang ingin digadai. Sebab utama pihak Ar-Rahnu melihat jenama adalah untuk mengurangkan risiko ditipu dengan emas palsu. Sesetengah Ar-Rahnu tidak menerima gadaian bagi jenama yang lain. Hanya jenama sendiri sahaja yang diterima.
Setiap emas yang gagal ditebus kembali oleh pelanggan akan dilelong bagi mendapatkan semula pinjaman yang belum dibayar. Baki duit jualan setelah ditolak oleh hutang akan dikembalikan semula kepada pelanggan.
Itu sebabnya kenapa setiap emas yang digadai perlu disemak ketulenanya terlebih dahulu bagi mengelak dari terima emas palsu yang tiada nilai ketika dilelong kelak. Lelong emas palsu juga akan menyebabkan Ar-Rahnu boleh diambil tindakan undang-undang atas kesalahan menipu pelanggan dikemudian hari.
Entri Berkaitan:
Cara Mudah Menguji Ketulenan Emas
3# Berat Emas
Berat emas juga memainkan peranan yang penting bagi menentukan berapa banyak pembiayaan yang akan diluluskan.
Bukan semua Ar-Rahnu mampu memberikan pembiayaan yang besar walaupun emas yang ingin digadai itu cukup berat gramnya seperti 250 gram atau 1000 gram. Kerana pihak Ar-Rahnu terikat pada polisi yang ditetapkan. Sesetengah Ar-Rahnu menetapkan had pembiayaan kepada seorang pelanggan dalam tempoh sehari.
4# Reka Bentuk
Setiap produk emas yang ada dipasaran dikeluarkan dalam reka bentuk berbeza sama ada pada permukaan emas itu sendiri atau pada sarung plastiknya.
Terdapat Ar-Rahnu yang memiliki polisi tidak menerima reka bentuk yang mengambarkan sesebuah agama atau apa-apa pekara yang dianggap sensitif.

Jenis Emas |
Ketulenan |
Barang Kemas |
18
Karat (750) / 22 Karat (916) |
Jongkong Emas |
22
Karat (916) / 24 Karat (999) |
Syilling Emas |

Contoh Jongkong Emas Yang Mempunyai Reka Bentuk Berkaitan Agama |
Kenapa
Anda Perlu Mengetahui Akannya?
Supaya
anda boleh tentukan produk apa yang ingin dibeli bagi tujuan gadaian ketika
memerlukan wang segera. Kerana sesungguhnya bukan semua produk emas sesuai
untuk digadai.
Entri Berkaitan:
6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
Yang
menulis,
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Ciri-Ciri Emas Yang Dinilai Oleh Ar-Rahnu Ketika Proses Gadaian

Tiada ulasan:
Catat Ulasan