Sabtu, 15 Mei 2021

Kenapa Perlu Saya Menyimpan?

Dinar dan Duit Syilling

Soalan:
Kenapa Perlu Saya Menyimpan Duit? 

Jawapan:
Demi memenuhi keperluan dan kehendak diri di masa hadapan yang memerlukan jumlah duit yang banyak. Jumlah duit yang tidak mampu kita dikumpulkan dalam tempoh masa yang singkat (kecuali membuat pinjaman).
 
Entri Berkaitan:
Jadilah Seorang Penyimpan Yang Berjaya

Secara umumnya, terdapat 3 sebab utama kenapa kita wajib simpan sebahagian duit yang diterima (pendapatan) secara konsisten iaitu:
 
 
1# Insurans Kewangan (Dana Kecemasan)
 
Hidup ini tidak selalu cerah. Kadang-kadang kita perlu hadapi waktu yang sukar. Dengan memiliki jumlah wang yang mencukupi, kita mampu menghadapi waktu yang mencabar seperti kehilangan pekerjaan. Dengan simpanan yang ada, kita mampu meneruskan hidup sehingga mendapat pekerjaan baharu.
 
Sesungguhnya, risiko yang paling tinggi selain dari sakit adalah hilang pekerjaan.
 

 
2# Mencapai Impian
 
Banyak impian kita memerlukan jumlah duit yang banyak. Di mana kebanyakkan kita tidak mampu menyediakan dalam tempoh masa yang singkat.
 
Oleh itu, pilihan yang ada hanyalah dengan menyimpan duit sedikit demi sedikit secara konsisten bagi tempoh masa yang lama.
 
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
 
 
3# Kehidupan Selesa (Dana Persaraan)
 
Hidup ini singkat. Kita tak mampu bekerja seumur hidup terutama melibatkan pekerjaan yang memerlukan tenaga yang banyak.
 
Oleh itu, mahu tak mahu kita wajib membuat penyediaan dengan menyimpan sebanyak yang mungkin. Supaya kita mampu mengekalkan cara hidup walaupun tidak mampu bekerja lagi atau setelah bersara. Kita tidak mahu terpaksa bekerja walaupun sudah bersara atau pun sudah lanjut usia.
 
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Persaraan)

 
Sudahkah anda bersedia menghadapi masa depan yang belum pasti?


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan