Permohonan tuntutan
takaful oleh waris yang berdaftar boleh ditolak oleh pengendali takaful sekiranya
tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan.
Oleh itu, penting agar anda sebagai pencarum atau pemilik sijil mengetahui sebab-sebabnya agar dapat memastikan waris mendapat pampasan yang sepatutnya dengan tidak melakukan kesilapan ini.
Entri kali ini saya kongsikan sebab atau alasan pengendali takaful menolak tuntutan pampasan yang dikemukakan.
Sebab 1: Terlepas Pembayaran (Lapse Payment)
Manfaat dan pampasan dalam setiap produk takaful hanya boleh dinikmati sama ada untuk diri sendiri atau waris berdaftar sekiranya pelan takaful masih aktif. Bagi memastikan pelan takaful sentiasa aktif sepanjang masa, pembayaran atau caruman wajib dibuat mengikut tarikh yang ditetapkan. Ini adalah salah satu sebab utama kenapa berlakunya kegagalan dalam proses mendapatkan pampasan.
Bagi pelan takaful Etiqa, tempoh masa selama tiga bulan diberi sebelum pelan tersebut ditamatkan. Pencarum wajib membayar segala caruman yang belum dilunaskan lagi untuk mengaktifkan semula pelan sedia ada.
Penyelesaiannya
Pastikan setiap caruman dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Tanggungjawab ini terletak di bahu anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran bagi tempoh setahun. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sekiranya duit bukan menjadi halangan.
Anda juga boleh memilih menggunakan kaedah pembayaran secara automatik seperti menggunakan kad kredit atau kad debit. Hanya pastikan kad kredit anda masih belum luput tarikhnya atau tidak mencapai had kredit yang ditetapkan (had baki mencukupi untuk pembayaran).
Bagi pembayaran menggunakan kad debit pula. Anda perlu pastikan baki duit dalam akaun mencukupi sepanjang masa (sebagai langkah keselamatan).
Sebab 2: Tidak Memenuhi Syarat Yang Ditetapkan
Situasi 1: Gagal Mengisytiharkan Penyakit Sedia Ada
Kegagalan mengisytiharkan penyakit sedia ada akan menyebabkan tuntutan pampasan ditolak apabila melibatkan penyakit sedia ada.
Segala tuntutan yang diterima akan disemak dan disiasat terlebih dahulu oleh pihak takaful sebelum pampasan diserah kepada pewaris atau pemegang sijil.
Rugi bayar setiap bulan tetapi manfaat tidak dapat diperolehi apabila kecelakaan menimpa diri.
Penyelesaiannya
Berlaku jujur ketika mengisi borang permohonan. Maklumkan segala penyakit yang ada kepada pihak Takaful. Ini dapat memastikan tiada masalah berbangkit dikemudian hari.
Situasi 2: Melakukan Sesuatu Yang Melanggar Syarat Yang Ditetapkan
Dalam perjanjian, terdapat pengecualian perlindungan mengikut situasi tertentu. Contohnya seperti kes kematian akibat terlibat dalam peperangan. Pihak takaful berhak menolak permohonan waris untuk mendapatkan pampasan mengikut perjanjian sedia ada.
Penyelesaiannya
Pastikan anda membaca dengan teliti segala syarat dan peraturan yang terkandung dalam perjanjian. Pastikan diri tidak terdedah dalam situasi yang menyebabkan waris atau diri hilang kelayakan mendapatkan pampasan seperti yang dijanjikan.
Situasi 3: Perlindungan Yang Diambil Tidak Bertepatan @ Mencukupi
Adalah penting bagi kita mengambil pelan yang bersesuaian dengan bajet yang ada mengikut keutamaan.
Sebagai contoh:
Kad Perubatan hanya membantu membayar segala kos yang ada serta kerugian yang kita alami ketika menerima rawatan di wad hospital. Terhad kepada had yang ditetapkan. Lebih dari itu, maka perlulah bayar baki kos perubatan yang ada.
Kad perubatan juga tidak boleh digunakan bagi tujuan mendapatkan pampasan untuk kes lain seperti kematian. Kalau mohon juga, pasti kena tolak.
Seperti juga kes penyakit kritikal. Pampasan hanya diberi sekiranya disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal seperti yang dinyatakan. Selain itu, permohonan pasti ditolak.
Penyelesaiannya
Ambil takaful mengikut keutamaan serta bajet yang ada. Pastikan jumlah perlindungan mencukupi dengan harga semurah yang mampu.
Berikut adakah jenis perlindungan yang perlu dimiliki mengikut keutamaan.
1. Perlindungan Asas
Kematian, Kecacatan Kekal & Penyakit Kritikal.
Entri Berkaitan:
Perlindungan Asas Dalam Takaful
2. Perlindungan Tambahan (Rider)
Pengecualian Pembayaran (Penyakit Kritikal), Kad Perubatan dan sebagainya mengikut keperluan dan bajet yang ada.
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
Paling penting, baca dan fahami perjanjian yang ada. Penting juga waris memahaminya sekali.
Supaya tidak berlaku kesalahfahaman di masa hadapan terutama ketika menuntut pampasan.
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan