Entri kali ini saya
kongsikan salah satu soalan yang pernah ditanya oleh prospek suatu masa dahulu
serta jawapannya.
Cara jawab pun berubah
seiringi dengan peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan pengalaman diri. Adakah
ini satu penanda kematangan?
Soalan:
Antara ASB dengan
Emas, mana lebih menguntungkan?
Jawapan:
1. Suatu Ketika
Dahulu...
(Semasa Tahun 1 Menjadi
Dealer Public Gold)
Adalah tidak adil
membanding dua instrument kewangan yang berbeza dari segi fungsi dan cara
menjana keuntungan. Ibarat membandingkan antara epal dengan oren.
Keuntungan dalam ASB
adalah dalam berbentuk dividen yang hanya diperolehi sekali dalam tempoh setahun.
Keuntungan dari dividen ini akan bertukar menjadi modal bagi menjana lebih
dividen walaupun nilai modal tak berubah. Peningkatan jumlah modal akan
membantu menjana keuntungan yang lebih dalam bentuk dividen. Inilah yang dikata
kesan 'Compound Effect'.
Keuntungan dalam Emas
adalah berkaitan dengan peningkatan nilai modal (harga segram). Lagi lama
labur, lagi menguntungkan. Lagi banyak jumlahnya, lagi tinggi untungnya.
Keuntungan dari Emas
tak tetap waktunya bergantung kepada pergerakan harga. Mungkin ambil masa yang
lebih pendek atau panjang dari ASB.
Dari segi pulangan
keuntungan (ROI) antara Emas dan ASB. Didapati Emas jauh lebih tinggi
keuntungannya berbanding dengan ASB tidak kira dalam tempoh singkat atau pun
panjang. Kita tidak boleh kawal keuntungan ASB, tapi kita boleh kawal
keuntungan dalam Emas (dari segi jumlah gram).
Nak menjana keuntungan
maksimum dengan ASB, kita kena amalkan konsep simpan secara konsisten dan
lupakan simpanan tersebut.
Nak menjana keuntungan
maksimum dengan Emas, kita kena amalkan konsep beli secara konsisten dan
lupakan simpanan tersebut. Sentiasa pantau harga semasa supaya kita boleh tahu
bila masa untuk beli emas, bila masa untuk borong emas.
Jadi Saya Pilih Emas.
Catatan Tambahan:
Tanpa skrip memang tak
sempatlah nak jawap sebegitu panjang. Biasanya perenggan pertama sahaja sempat
ditulis sebelum kena cantas oleh prospek.
Hendak nilai pelaburan
itu mudah sahaja walaupun instrumen kewangan yang berbeza. Tengok pada pulangan pelaburan (ROI) dalam tempoh masa tertentu. Itu sahaja.
2. Beberapa Tahun
Dahulu...
(Selepas Beberapa Tahun
Menjadi Dealer Public Gold)
Dari segi pulangan
dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih untung dari ASB tidak kira bagi tempoh
masa yang pendek atau panjang. Dengan syarat tidak membuat kesilapan semasa
dalam proses membeli emas.
Pelaburan dalam ASB
ini mudah sahaja. Hanya simpan wang dalam bentuk unit dan tunggu sehingga
setahun untuk mendapatkan keuntungan. ASB pelaburan berisiko rendah tetapi
memberi pulangan yang memuaskan.
Pelaburan dalam Emas
ini jauh lebih rumit kerana ia bergantung beberapa faktor. Keuntungan emas
ditentukan saat mula beli emas bukan pada ketika jual semula.
Oleh itu, ketahui cara
yang betul dalam memilih jenama emas. Emas yang sama tetapi berbeza jenama
membawa keuntungan yang berbeza dari segi tempoh dan jumlah. Emas juga
pelaburan risiko rendah yang memberi pulangan yang memuaskan.
Jadi Saya Pilih Emas.
Entri Berkaitan:
3. Terkini...
(Tahun Keempat Menjadi
Dealer Public Gold)
Dari segi pulangan
dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih menuntungkan dari ASB tidak kira bagi
tempoh masa yang pendek atau panjang terutama dalam krisis ekonomi. Dengan
syarat tidak membuat kesilapan semasa proses membeli.
Mulakan dengan ilmu
terlebih dahulu sebelum mula melabur dalam emas. Kerana pelaburan emas ini jauh
lebih rumit dari ASB sekiranya ingin memaksimukan keuntungan.
Ketika Mengumpul Kekayaan,
Saya Pilih Emas. Ketika Ingin Menikmati Kekayaan, Saya Pilih ASB.
Kumpul kekayaan dengan
emas. Setelah cukup gramnya (mengikut matlamat), saya jual semuanya dan simpan
wang tersebut ke dalam ASB untuk menjana dividen bagi kegunaan harian (setahun
kemudian).
Ibarat anda memiliki
sebuah ladang yang ditanam dengan pokok balak (emas). Cukup tempoh, maka
potonganlah semuanya untuk mendapatkan kembali modal serta keuntungan.
Wang yang diperolehi
akan digunakan untuk membeli ladang epal. Setiap tahun dapat menikmati buahnya
(dividen) tanpa perlu korbankan pokoknya (modal asal).
Catatan Tambahan:
Agak-agak mudah orang nak
fahami penjelasan yang diberi? Mungkin kena jawapan seringkas yang boleh. Ini
dikira versi panjang. Hanya sebahagian kecil saja yang rajin baca jawapan ini
sehingga di ayat terakhir.
4. Di Masa Hadapan...
(Master Dealer Public
Gold)
Emas lebih
menguntungkan dari segi pulangan pelaburan (ROI) berbanding ASB. Dengan syarat
tak buat kesilapan ketika memilih jenama emas.
Saya cadangkan beli
emas Public Gold. Bukan sahaja dapat emas yang berkualiti bahkan dapat sistem
yang terbaik secara percuma.
Kumpul kekayaan
bersama Emas. Nikmati kekayaan bersama ASB. Sekiranya anda ingin bersara dengan
selesa dan tenang.
Entri Berkaitan:
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul
Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan