Sabtu, 31 Julai 2021

Lengkapkan Perlindungan Takaful Anda

Lengkapkan Perlindungan Takaful Anda

Disuatu Hari Yang Tenang...

Seorang sahabat (saya namakan sebagai Mr. A) menghubungi saya melalui Whatapps bertanyakan tentang satu lukisan kartun yang menceritakan tentang kad perubatan.

Si anak bertanyakan kepada ibunya bolehkah guna kad perubatan arwah ayahnya yang mempunyai had tahunan sebanyak 1 juta untuk membeli makanan. Si ibu hanya kesedihan mengenangkan nasib yang menimpa mereka berdua.
 
Mr. A tanya kepada saya adakah lukisan kartun ini mencerminkan kenyataan. Saya jawap betul dan memberi penjelasan ringkas berkaitan fungsi kad perubatan dalam Takaful.
 
Kad perubatan hanya membantu membayar kos perubatan ketika menginap di wad hospital untuk rawatan sahaja. Ada sesetengah pekara sahaja kos ditanggung oleh kad perubatan walaupun selepas keluar dari wd. Itu sahaja fungsinya.
 
Saya pun bertanyakan kembali dekat Mr. A adakah dia memiliki kad perubatan. Mr. A menjawap ada. Semua ahli keluarga dia memiliki kad perubatan yang memiliki simpanan sahaja.
 
Oleh itu, saya cadangkan Mr. A untuk mengambil pelan asas Takaful Etiqa sebagai pelengkap. Pada ketika itu, saya cadangkan pelan asas seperti berikut:
 
Prisma:
Pelan caruman serendah RM 50 yang merangkumi perlindungan asas Kematian dan Cacat Kekal (TPD) tanpa simpanan.
 
Entri Berkaitan:
 
Prisma Plus:
Pelan caruman serendah RM 70 yang merangkumi perlindungan asas Kematian dan Cacat Kekal (TPD) dengan simpanan.
 
Entri Berkaitan:
 
Mr. A pun memberi maklumbalas akan berfikir dan membuat pertimbangan secara serius. Pada masa yang sama. Mr. A bertanya kepada saya adakah patut menerima tawaran naik taraf ke pelan kad perubatan baru yang memiliki jumlah perlindungan yang lebih banyak.
 
Selepas menyemaknya. Saya memberi nasihat untuk terima tawaran tersebut walaupun ada sedikit kenaikan caruman.
 
 
Beberapa Hari Kemudian…
 
Mr. A menghubungi saya bertanyakan 'propose' pelan kad perubatan yang baru bagi menggantikan pelan sedia ada (syarikat lain).
 
Setelah semakan dilakukan, mendapati pelan kad perubatan yang diambil Mr. A merangkumi perlindungan asas lain seperti Kematian, Kemalangan Peribadi (PA) dan Penyakit Kritikal (CI). Selain sedikit bahagian simpanan.
 
Saya: "Ok dah ini. Boleh teruskan. Hanya saya dapati pampasan untuk kematian amat rendah hanya sekitar RM 20,000 sahaja". Tak cukup pampasan yang ada ini. Awak banyak hutang tau untuk bayar.
 
Mr. A: "Ya tak ya juga. Nak bayar hutang pun tak cukup".
 
Saya: "Apa kata awak ambil pelan asas Takaful dengan saya. Sekurang-kurangnya banyak sikitlah pampasan yang diterima oleh waris sekiranya berlaku kematian dan cacat kekal (TPD)".
 
Mr. A: "Ok. Saya akan pertimbangkan".
 
Saya: "Ada dua pilihan ini. Sama ada nak bayar RM 50 sebulan tanpa simpanan (Prisma) atau nak bayar RM 70 sebulan dengan simpanan (Prisma Plus)".

Setelah memberi penjelasan lanjut, akhirnya Mr. A bersetuju mengambil pelan Prisma. Saya pun serahkan borang untuk diisi.
 
Dan masa pun terus berlalu. Setiap kali ada kesempatan, saya ingatkan Mr. A supaya menghantar borang dan dokumen sokongan.
 
Akhirnya, lengkap juga perlindungan yang Mr. A ada. Lengkap tidak bererti cukup jumlah perlindungannya.
 
Hanya bagi saya, perlindungan yang lengkap itu jauh lebih penting dari mencukupi. Kerana saya tahu, kos yang perlu ditanggung oleh Mr. A jauh lagi banyak sekiranya ingin mendapatkan perlindungan yang mencukupi.
 
Ada lagi hutang nak diselesaikan oleh Mr. A. Mungkin masa depan nanti boleh tambah bila gaji sudah naik atau hutang sudah selesai.
 
Nota Tambahan:
Pampasan yang diperolehi bagi pelan Prisma yang diambil oleh Mr. A mencecah melebihi RM 60,000. Kira banyak jumlah pampasan yang diberi pada usia 30an.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan