Lokasi:
Zoom Meeting
Zoom Meeting
Tema:
See The Future
Waktu:
8.00 - 10.30 malam (Sabtu)
Harga Tiket:
Percuma
Tarikh:
31 Julai 2021
Agency Dinner & Award Presentation (ADAP) 2020 merupakan majlis makan malam sambil meraikan kejayaan Ejen dan Agensi yang berkhidmat dengan Etiqa Family Berhad sepanjang tahun 2020 mengikut pencapaian yang ditetapkan.
Ini adalah kali pertama saya menghadiri majlis Etiqa, tetapi sayang hanya dapat hadiri secara maya sahaja atas sebab wabak Covid-19 masih melanda Malaysia. Bukan semua ejen dapat menghadiri majlis ini, hanya yang terpilih sahaja berdasarkan pencapaian yang ditetapkan.
Berikut adalah senarai anugerah yang dimenangi oleh ejen dan agensi Etiqa. Sebahagian anugerah dimenangi secara ejen dan sebahagian lagi untuk agensi.
1. Etiqa Achieve Club
Mencapai jualan peribadi tahunan (FYCC) mencecah 70 ribu (RM 70,000.00) bagi tahun semasa.
2. Etiqa Producer Club
Mencapai jualan peribadi tahunan (FYCC) mencecah 110 ribu (RM 110,000.00) bagi tahun semasa.
3. Young Gun Group: Agency Directors
Anugerah khas bagi ejen yang naik pangkat ke AD berumur di bawah 30 tahun.
4. Evergreen Group: Agency Directors
Anugerah khas bagi ejen yang naik pangkat ke AD berumur di atas 60 tahun.
5. Million Ringgit Agency: Agency Directors
Jualan terkumpul Agensi mencecah RM 1 Juta dalam tempoh setahun.
6. Million Ringgit Group: Agency Directors
Jualan terkumpul Agensi mencecah RM 1 Juta dalam tempoh dua tahun berturut-turut.
7. Top 3 Rising Star
Anugerah khas bagi 3 ejen baru yang mendapat jualan terbanyak (FYCC) dalam 3 bulan pertama.
8. Top 3 Rookie
Anugerah khas bagi 3 ejen baru yang mendapat jualan terbanyak (FYCC) dalam tahun pertama aktif.
9. Top 3 Agent
Anugerah khas bagi 3 ejen yang mendapat jualan terbanyak (FYCC) dalam tahun semasa.
10. Top 3 Business Quality Award: Personal Producers
Anugerah khas bagi 3 ejen yang mendapat jualan terbanyak dalam tahun semasa.
11. Top 3 Business Quality Award: Agency Directors
Anugerah khas bagi 3 ejen berpangkat AD yang mendapat jualan terbanyak (peribadi dan kumpulan) dalam tahun semasa.
12. Top 3 Business Quality Award: Group Agency Directors
Anugerah khas bagi 3 ejen berpangkat GAD yang mendapat jualan terbanyak (peribadi dan kumpulan) dalam tahun semasa.
13. Top 3 Agency Directors
Anugerah khas bagi 3 ejen berpangkat AD yang mendapat jualan terbanyak (peribadi dan kumpulan) dalam tahun semasa.
14. Top 3 Recruiters: Group Agency Directors
Anugerah khas bagi 3 ejen berpangkat GAD terbaik yang berjaya mengambil ejen baru (berjaya mendapatkan kes).
15. Million Dollar Round Table (MDRT)
Mencapai jualan peribadi tahunan (FYCC) mencecah 400 ribu (RM 417,600.00) bagi tahun semasa.
16. Court Or The Table (COTT)
Mencapai jualan peribadi tahunan (FYCC) mencecah 1.2 juta (RM 1,252,800.00) bagi tahun semasa.
17. Top Of The Table (TOTT)
Mencapai jualan peribadi tahunan (FYCC) mencecah 2.5 juta (RM 2,505,600.00) bagi tahun semasa.
18. Top 3 Group Agency Directors
Anugerah khas pencapaian terbaik keseluruhan bagi tiga agensi terbaik Etiqa seluruh negara untuk tahun semasa. Setiap GAD yang memenangi anugerah diberi peluang berucap memberi sepatah dua kata sempena kemenangan yang dirai.
31/07/2021: Menghadiri Majlis Secara Maya Melalui Skrin Laptop Sahaja Malam Ini |
31/07/2021: Pentas Anugerah Malam Ini |
31/07/2021: Mulakan Dengan Doa |
31/07/2021: Ucapan Pembukaan |
31/07/2021: Artis Jemputan Kali Ini |
31/07/2021: Ketiga Terbaik Agensi Yang Saya Naungi |
Berakhirnya
majlis pada malam ini. Diharap dapat menghadiri lagi pada tahun depan secara
fizikal sekiranya layak. Baru seronok menikmati suasana sebenar sambil makan.
Assistant Sale Manager @ Eddie Consultancy Group
Etiqa Family Berhad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan