Jumaat, 20 Ogos 2021

Permohonan Baru Produk Takaful Etiqa: Carta Aliran

Kemaskini pada 23/08/2021
Peralatan Pertukangan

Entri kali ini saya kongsikan carta aliran permohonan baru produk takaful Etiqa secara umum, sekadar untuk makluman anda.
 
 
Peringkat 0: Pra Permohonan
 
Bakal pelanggan menghubungi ejen takaful bagi membantu mengenalpasti produk yang bersesuaian dengan keperluan serta bajet yang ada. Selepas mengenalpasti produk apa yang ingin disertai, ejen akan memberi menerangkan lengkap berkaitan produk tersebut yang meliputi kelebihan, jenis perlindungan dan jumlah perlindungan dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Pelan Simpanan Dan Perlindungan Jangka Masa Panjang
 
 
Peringkat 1: Permohonan
 
Bakal pelanggan diminta memberi maklumat yang diperlukan melalui borang yang disediakan beserta dengan salinan dokumen sokongan setelah bersetuju dengan cadangan pelan yang diberi. Pada peringkat ini, pelanggan dikehendaki membuat pembayaran mengikut jumlah seperti yang dipersetujui.
 
 
Peringkat 2: Kemasukan Data & Pemprosesan (Data Entri)
 
Semua maklumat penting bakal pelanggan direkod ke dalam sistem oleh ejen. Terdapat tiga keputusan berbeza yang akan diperolehi selepas permohonan diproses oleh Etiqa iaitu:
 
1. Siasatan Lanjut (Underwriting):
Ke Peringkat 3
 
2. Di Tolak (Reject):
Ke Peringkat 4
 
3. Lulus (Inforce):
Ke Peringkat 5
 
 
Peringkat 3: Penyiasatan (Underwriting)
 
Terdapat dua sebab utama permohonan baru perlukan siasatan lanjut iaitu sebab Kesihatan atau Caruman (Pembayaran).
 
1. Kesihatan:
Etiqa memerlukan dokuman sokongan berkaitan status kesihatan bakal pelanggan. Terdapat dua cara untuk memperolehi maklumat tersebut iaitu bakal pelanggan akan ke klinik panel terdekat untuk pemeriksaan kesihatan atau Etiqa menghantar ‘Runner’ ke rumah bagi membantu memeriksa dan merekod sebarang keputusan berdasarkan keperluan yang ditetapkan. Kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Etiqa.
 
2. Caruman
Caruman yang besar juga memerlukan siasatan lanjut terutama apabila gaji yang diisytihar tidak sepadan dengan jumlah caruman yang dibuat. Pihak Etiqa akan meminta dokumen sokongan bagi membuktikan pendapatan yang dimiliki oleh bakal pelanggan. Tujuan utama bagi mengelakkan takaful dijadikan tempat pembersihan wang dari aktiviti haram (Money Laundary).
 
Berikut adalah panduan yang digunapakai oleh Etiqa:
 
1. Caruman yang dibuat melebihi 20% dari pendapatan kasar.
2. Jumlah perlindungan (pampasan) melebihi nilai yang ditetapkan
 

Umur

Had Pampasan

18-40

20x Gaji Tahunan

41-50

15x Gaji Tahunan

51-60

10x Gaji Tahunan

 
Bagi Akaun Perkongsian:
 
1. Had maksimum bagi pelajar atau anak yang berumur di bawah 18 tahun
 
Jumlah Pampasan (RM)
Ibubapa (Tidak Di Lindungi)
Ibubapa (Di Lindungi)*
Sehingga RM 100,000
Tiada Halangan
Tiada Halangan
100,001 – 250,000

3x Gaji Tahunan Ibubapa

3x Gaji Tahunan Ibubapa atau Jumlah Perlindungan Diterima Oleh Ibubapa
250,001 – 400,000
Tidak Dibenarkan
3x Gaji Tahunan Ibubapa atau Jumlah Perlindungan Diterima Oleh Ibubapa Tidak Melebihi RM 250,000
 
Maklumat Tambahan:
1. Terhad kepada RM 100,000 bagi Accident Rider (PAR @ ADB).
2. Accidental Indemity Rider (AIR) tidak ada bagi pelajar dan anak di bawah umur.
3. Terhad kepada RM 150,000 atau jumlah nilai muka bagi pelan asas bagi Dread Disease Rider 

Terdapat 2 keputusan berbeza yang diperolehi pada peringkat ini iaitu:
 
Di Tolak (Reject)
Ke Peringkat 4
 
Lulus (Inforce) Bersyarat
Ke Peringkat 5
 
 
Peringkat 4: Permohonan Ditolak (Reject)
 
Permohonan ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Contohnya seperti pemohon telah pun meninggal dunia atau cacat kekal sebelum permohonan diluluskan. Keseluruhan wang caruman akan dikembalikan semula kepada bakal pelanggan atau waris yang berdaftar.
 
 
Peringkat 5: Permohonan Lulus (Inforce)
 
Permohonan diluluskan atas sebab telah memenuhi syarat yang ditetapkan dan pembayaran (caruman) pertama telah selamat diterima. Pada peringkat ini, pelanggan hanya perlu memastikan caruman dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Ini bagi memastikan perlindungan aktif sepanjang masa sehingga tarikh matang (tempoh berakhir).
 
Walaupun pelan takaful telah aktif sepenuhnya (dengan pembayaran), terdapat tempoh tertentu (tempoh bertenang) perlu dilalui sebelum perlindungan sepenuhnya aktif.
 
Contohnya:
 
1. Kematian (Akibat Kemalangan)
Sijil takaful berkuatkuasa serta-merta.
 
2. Kematian (Selain Kemalangan)
Berkuatkuasa selepas 30 hari dari tarikh kelulusan diperolehi (Inforce).
 
3. Kad Perubatan
Berkuatkuasa selepas 90 hari dari tarikh kelulusan diperolehi (Inforce).
 
4. Kecacatan Kekal
Berkuatkuasa selepas 30 hari dari tarikh kelulusan diperolehi (Inforce).
 
5. Penyakit Kritikal
Berkuatkuasa selepas 30 atau 60 hari (bergantung jenis penyakit) dari tarikh kelulusan diperolehi (Inforce).
 
Beginilah carta aliran bagi setiap permohonan baru produk takaful yang diuruskan oleh Etiqa.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Takaful
017 247 1372

Tiada ulasan:

Catat Ulasan