Entri
kali ini saya kongsikan beberapa salah faham umum tentang Pelaburan Emas.
Betulkan apa yang salah. Amalkan apa yang betul.
1.
Kena Simpan Semua Dalam Bentuk Emas
SALAH. Pakar-pakar kewangan hanya menyarankan
simpan aset dalam bentuk emas sekitar 10 sehingga 50 peratus dari jumlah
kekayaan (aset) yang ada. Selebihnya dalam pelbagai bentuk pelaburan berbeza
bergantung keselesaan anda.
Mari
kita lihat cadangan pakar:
1. Tuan Azizi Ali: 10%
2. Robert Kiyosaki: 25%
3. Mike Maloney: 50%
2.
Semua Simpanan Emas Kena Zakat
SALAH. Simpanan emas hanya dikenakan zakat
apabila cukup gram (85 gram) serta telah disimpan melebihi setahun (cukup haul).
Bagi barang kemas pula (yang dipakai), nilai zakat (gram) bergantung pada uruf
negeri (di Malaysia) di mana kita menetap.
Entri Berkaitan:
Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak
3.
Semua Emas Adalah Sama
SALAH. Emas boleh didapati dari pelbagai bentuk
bergantung kepada tukang emas. Jongkong (kepingan), syilling (dinar) dan barang
kemas (jewel) antara bentuk yang paling mudah dijumpai di pasaran.
Emas
juga boleh diperolehi dengan kualiti (ketulenan) yang berbeza bergantung
kombinasi campuran antara emas dan logam lain. Sebagai contoh, jongkong emas
biasanya berketulenan 24 karat (999) atau 22 karat (916). Manakala, barang
kemas pula biasanya berketulenan 22 karat (916) @ 18 karat (750).
Entri Berkaitan:
Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Emas
4.
Simpan Emas Dapat Dividen
SALAH. Pelaburan emas tidak menghasilkan
dividen seperti ASB dan Tabung Haji. Keuntungan pelaburan emas datang dari
peningkatan harga modal sahaja.
Pelaburan
emas yang menjanjikan dividen sama ada secara tahunan, bulanan atau harian
adalah satu bentuk penipuan (Scam).
Entri Berkaitan:
Kenal Pasti Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas
5.
Emas Memerlukan Modal Yang Besar Dan Hanya Untuk Orang Kaya Sahaja
SALAH. Emas antara aset fizikal yang boleh
dimiliki sedikit demi sedikit. Boleh dimiliki dalam pelbagai bentuk, berat dan
kualiti.
Dengan
Public Gold, kita boleh membeli emas serendah RM 100 dengan mudah, cepat dan
patuh syariah. Kita juga diberi peluang
untuk memilik produk yang diingini (bergantung kepada produk yang ada).
Entri Berkaitan:
Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold
1. Tuan Azizi Ali: 10%
2. Robert Kiyosaki: 25%
3. Mike Maloney: 50%
Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak
Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Emas
Kenal Pasti Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas
Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold
6.
Emas Hanya Untuk Wanita
SALAH. Lelaki juga boleh memiliki emas dalam
bentuk jongkong dan syilling sebagai simpanan atau pelaburan. Hanya barang
kemas sahaja yang tidak boleh dipakai oleh lelaki (Agama islam melarang lelaki
memakai barang kemas @ perhiasan emas)
Semua
orang boleh memiliki emas tidak kira jantina dan umur.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan