Secara
umumnya takaful berfungsi menyediakan perlindungan kepada waris atau diri
sendiri dalam bentuk wang tunai sebagai pampasan. Setiap peserta yang menyertai
plan yang sama bersetuju membantu (dalam bentuk wang tunai) sekiranya salah
satu peserta ditimpa musibah.
Untuk
memudahkan kefahaman, berikut adalah contoh mudah untuk memahami isu ini dengan
jelas.
Contoh 1: Kes Kematian
Ali
mula bekerja seawal umur 20 tahun dan dijangka bersara wajib pada umur 60
tahun. Ini bererti Ali ada tempoh 40 tahun untuk bekerja. Secara puratanya,
pendapatan yang diperolehi Ali adalah sebanyak RM 3,000 sepanjang tempoh 40
tahun.
Katakanlah
Ali meninggal pada usia 40 tahun. Ini bererti potensi pendapatan pada masa hadapan
berjumlah RM 720,000 (20 tahun) hilang disebabkan kematian Ali. Disini letaknya
fungsi Takaful. Menggantikan potensi pendapatan yang hilang sama ada melebihi,
secukupnya atau kurang bergantung caruman yang dibuat.
Contoh 2: Perubatan
Amir
disahkan menghidap jangkitan kuman dalam paru-paru dan perlu dimasukkan ke wad
hospital untuk rawatan lanjut. Dengan plan perubatan (kad perubatan) yang
dilanggani, Amir boleh memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta
tanpa perlu membayar bil hospital. Bagaikan menginap di hotel 5 bintang sambil
mendapatkan rawatan.
Ini
dapat melindungi simpanan yang sedia ada dari terpaksa digunakan untuk tujuan
rawatan atau menghadapi masalah untuk membayar bil rawatan yang dikenakan.
Mari
kita tengok risiko apakah yang sepatutnya diambil semasa memilih plan takaful
yang ada.
Risiko
Utama Yang Wajib Dilindungi:
Perlindungan
Asas
1. Kematian
2. Kecacatan Kekal (HUMK)
Perlindungan
Tambahan (Rider)
3. Penyakit Kritikal
4. Rawatan Kesihatan (Kad Perubatan)
Entri Berkaitan:
Perlindungan Asas Dalam Takaful
Apa-apa
perlindungan selain dari yang disenaraikan di atas hanya sebagai pilihan
sahaja. Boleh sahaja ambil sekiranya wang bukannya satu isu.
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
Utamakan
yang perlu diutamakan terutama dalam memilih plan takaful kerana sumber yang
kita ada amatlah terhad.
Berbelanja
dengan bijak. Berbelanja dengan ilmu.
Yang
menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
1. Kematian
2. Kecacatan Kekal (HUMK)
3. Penyakit Kritikal
4. Rawatan Kesihatan (Kad Perubatan)
Perlindungan Asas Dalam Takaful
Takaful Rider @ Etiqa
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Youtube Channel:
membazir je, masuk takafur ni, baik simpan duit kat ASB, main saham lagi untung dan berfaedah.Aku simpan ASB sekarang ni pun dah cecah RM190,000.
BalasPadamSetiap alat kewangan ada fungsinya yang tersendiri. Fungsi takaful bukan untuk buat untung tapi untuk menguruskan risiko. Kaya itu penting, tetapi tidak jatuh miskin lagi penting.
BalasPadambetul tu bang saya sokong
Padam