Isnin, 11 Oktober 2021

Agent Virtual Symposium 2021

Agent Virtual Symposium 2021

Lokasi:
Zoom Meeting
 
Waktu:
8.30 pagi - 2.30 petang
 
Harga Tiket:
RM 10
 
Tarikh:
10 Oktober 2021
 
Alhamdulillah...
 
Hari ini berpeluang mengikuti Agent Virtual Symposium yang pertama kali di oleh Watakmas. Sesi dimulai dengan ucapan kata-kata aluan oleh President Watakmas dan Head Family Takaful Agency.
 
Sesi diteruskan dengan perkongsian dari 3 orang penceramah hebat yang dijemput khas untuk para peserta.

 
Sesi 1: 9.30 pagi
Tajuk: Mukmin Profesional
Penceramah: Ust Pahrol Mohd Juoi
 
Perkongsian secara umum berkaitan keperibadian seorang mukmin yang profesional. Ini merangkumi penetapan matlamat utama yang wajib ada bagi seorang ejen takaful.
 
“Ingin MEMBERI, terlebih dahulu kita perlu MEMILIKI. Sebelum Memiliki, kita perlu MENCARI. Itu pentingnya menjadi KAYA”

 
Sesi 2: 10.45 pagi
Tajuk: Power Closing During Pendemic
Penceramah: Dato Dr Rizal Naidu
 
Perkongsian tentang latarbelakang dan sejarah hidup penceramah. Bagaimana penceramah boleh terlibat dalam industri insurans dan menjadi penceramah antarabangsa. Pelbagai teknik dan kaedah yang memujuk prospek menyertai takaful juga turut dikongsi. Lain orang lain kaedahnya. Lain produk lain tekniknya.
 
“Orang yang ambil TAKAFUL biasanya panjang umur kerana banyak pihak mendoakan kesihatannya terutama pengendali TAKAFUL”
 
 
Sesi 3: 12.45 petang
Tajuk: From Zero To Hero
Ceramah: Puan Meriam Nor
 
Perkongsian tentang pengalaman salah satu ejen takaful yang telah mencapai status MDRT sehingga kini merangkumi tips dan panduan untuk berjaya.

10/10/2021: GAD Saiful Azuar Sebagai Emcee Kali Ini

10/10/2021: Ucapan Dari Encik Mohd Rohaizad Samsuddin

10/10/2021: Ustad Pahrol Mohd Juoi Sebagai Penceramah Pertama

10/10/2021: Dato Dr Rizal Naidu Sebagai Penceramah Kedua

10/10/2021: Puan Meriam Nor Sebagai Penceramah Ketiga

10/10/2021: Lebih 200 Peserta Hadiri Symposium Kali Ini

Terdapat hadiah yang boleh dimenangi oleh peserta dalam cabutan bertuah. Hanya 6 orang sahaja yang memenangi hadiah kali ini.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Assistant Sale Manager @ Eddie Consultancy Group
Etiqa Family Berhad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan