Tahukah Anda?
Fungsi utama dalam mengambil polisi
takaful adalah sebagai satu penyediaan (Rancangan B) bagi menggantikan Rancangan
A dalam kehidupan sekiranya terpaksa. Sebagai persediaan menghadapi masa
hadapan yang tidak dipasti.
Apa Itu Rancangan A?
Adalah satu perancangan dalam
kehidupan dari segi kewangan bagi menghadapi kehidupan di masa hadapan walaupun
sehingga bersara. Dengan anggapan kita masih hidup dan sihat sehingga berusia 80
tahun.
Contohnya:
Ali mula bekerja pada usia 25 tahun. Ali memulakan simpanan sebanyak 30% setiap bulan ketika masih bujang dan meneruskan simpanan sebanyak 10% selepas kahwin. Ali merancang kewangan peribadi sebaik mungkin bagi menghadapi situasi di masa hadapan yang memerlukan wang yang banyak seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Ali juga sedar bahawa dana persaraan perlu disediakan dari sekarang supaya dapat bersara dengan tenteram dan aman tanpa masalah kewangan.
Semua ini adalah rancangan utama
dalam kehidupan Ali. Boleh dikatakan sebagai Rancangan A. Rancangan A hanya
boleh dilaksanakan dengan anggapan Ali hidup dan sihat sehingga berumur 60
tahun. Dana persaraan yang dimiliki mencukupi untuk menampung kehidupan selepas
bersara sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun.
Apa yang Ali rancang ini hanyalah atas
kertas dan dilaksanakan secara berperingkat mengikut usia dan keperluan. Apa
jadi sekiranya berlakunya kecelakaan terhadap Ali yang menyebabkan rancangan
asal ini tidak dapat dilaksanakan.
Disini pentingnya memiliki Rancangan
B. Kerana kita seperti Ali tidak dapat menjamin akan hidup selama yang
diharapkan.
Apa Itu Rancangan B?
Apabila perancangan sedia ada tidak
menjadi disebabkan berlakunya kecelakaan pada diri sendiri seperti kematian,
kecacatan kekal, penyakit kritikal dan sebagainya (berkaitan nyawa). Situasi
ini menyebabkan Rancangan A yang asal tidak lagi boleh dilaksanakan. Pada
ketika ini Rancangan B diperlukan dengan membeli polisi takaful secukupnya
mengikut potensi risiko dalam kehidupan yang boleh dijangka.
Contohnya:
Ali meninggal dunia pada usia 40 tahun. Segala perancangan yang diatur sebelum ini (Rancangan A) tidak dapat dilaksanakan lagi selepas kematian Ali. Nasib baik Ali telah menyediakan Rancangan B sebelum ini iaitu menyediakan polisi takaful kepada waris yang ditinggalkan.
Jumlah pampasan takaful yang
diterima oleh waris membantu untuk meneruskan kehidupan serta menghadapi
cabaran yang mendatang sekurang-kurangnya bagi tempoh masa terdekat sebelum
harta pusaka yang ada dipindah milik sepenuhnya kepada waris yang layak.
Memiliki Rancangan B bukan bererti
kita berharap akan melaksanakan. Rancangan A masih lagi menjadi keutamaan. Ia
hanya sebagai persediaan ketika Rancangan A tidak lagi mampu diteruskan.
Yang
menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Ali mula bekerja pada usia 25 tahun. Ali memulakan simpanan sebanyak 30% setiap bulan ketika masih bujang dan meneruskan simpanan sebanyak 10% selepas kahwin. Ali merancang kewangan peribadi sebaik mungkin bagi menghadapi situasi di masa hadapan yang memerlukan wang yang banyak seperti berkahwin, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Ali juga sedar bahawa dana persaraan perlu disediakan dari sekarang supaya dapat bersara dengan tenteram dan aman tanpa masalah kewangan.
Ali meninggal dunia pada usia 40 tahun. Segala perancangan yang diatur sebelum ini (Rancangan A) tidak dapat dilaksanakan lagi selepas kematian Ali. Nasib baik Ali telah menyediakan Rancangan B sebelum ini iaitu menyediakan polisi takaful kepada waris yang ditinggalkan.
Rancang Dengan Baik.
Rancang Dengan Teliti. Kerana Hidup Ini Tanggungjawab Kita Sepenuhnya.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Tiada ulasan:
Catat Ulasan