Sebelum
Bersara...
1. Pastikan
semua HUTANG yang ada telah pun diselesaikan terutama hutang jahat.
Pengecualian pada hutang rumah sekiranya tidak mampu menyelesaikannya sebelum umur
wajib pencen.
Apa
itu Hutang Jahat?
Hutang yang tidak memberi keuntungan untuk tempoh masa yang panjang malah merugikan dari segi kewangan. Contohnya seperti kereta, kad kredit dan sebagainya.
Apa
itu Hutang Baik?
Hutang yang memberi keuntungan untuk tempoh masa panjang dari segi kewangan. Biasanya hutang untuk memiliki aset. Contohnya seperti rumah, tanah, emas dan sebagainya.
Entri
Berkaitan:
Duit Lebihan: Mana Lebih Utama, Simpan Atau Bayar Hutang?
Sebelum
Bersara...
2. Pastikan
anda memiliki 3 pekara ini iaitu RUMAH untuk didiami, KENDERAAN untuk bergerak
dari satu lokasi ke lokasi yang lain dan WANG secukupnya untuk menampung kos
sara hidup.
Sebelum
Bersara...
3. Pastikan
simpanan tunai yang ada mencukupi untuk hidup dengan selesa tanpa perlu bekerja
sehingga ke hujung usia atau berusia 80 tahun (anggaran).
Bekerja selepas
bersara itu hanyalah satu pilihan bukan satu kewajipan bagi menampung kos sara
hidup.
Sebelum
Bersara...
4. Pastikan
anda telah memiliki bisnes yang stabil atau telah memulakan bisnes. Sekiranya
anda berminat untuk mendapatkan pendapatan tambahan atau membuat bisnes untuk
menggantikan pekerjaan tetap sekarang di masa hadapan.
Kerana waktu
terbaik membuat bisnes adalah pada waktu anda masih lagi memiliki pekerjaan
tetap atau ketika masih lagi muda dan bertenaga. Kerana sekiranya anda
mengalami kegagalan dalam bisnes. Anda masih ada masa dan tenaga untuk
memulakannya semula.
Waktu terbaik
buat bisnes adalah ketika anda tidak memerlukannya.
Sebelum
Bersara...
5. Jaga
kesihatan sebaik mungkin. Kerana kesihatan itu amat berharga. Tidak guna ada
duit banyak kalau tak mampu untuk menikmati. Lagi pun kos penjagaan kesihatan
semakin mahal di masa hadapan.
Contohnya:
Tidak lagi mampu makan apa yang diingini kerana sudah sakit. Terpaksa berpantang ketika memilih makanan yang ingin dimakan. Tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sediakala. Memerlukan bantuan orang lain dalam urusan seharian.
Sebelum
Bersara...
6. Pastikan
anda memiliki ilmu yang mencukupi terutama dari segi pengurusan kewangan
peribadi. Ilmu adalah penjaga terbaik kekayaan kita.
Wang tanpa
ilmu, maka melayanglah wang tersebut tanpa disedari. Sama ada disebabkan oleh
diri sendiri atau orang lain. Wang dengan ilmu, membantu kita mengembangkan
wang sedia ada. Supaya kekayaan kita dapat dikekal atau dikembangkan ke tahap
terbaik.
Diri
Sendiri
Keseronokan berbelanja, tersalah labur atau sebagainya.
Orang
Lain
Wang dipinjam oleh orang lain, ditipu dalam pelbagai urusan melibatkan kewangan, dirompak atau disamun.
Hutang yang tidak memberi keuntungan untuk tempoh masa yang panjang malah merugikan dari segi kewangan. Contohnya seperti kereta, kad kredit dan sebagainya.
Hutang yang memberi keuntungan untuk tempoh masa panjang dari segi kewangan. Biasanya hutang untuk memiliki aset. Contohnya seperti rumah, tanah, emas dan sebagainya.
Duit Lebihan: Mana Lebih Utama, Simpan Atau Bayar Hutang?
Tidak lagi mampu makan apa yang diingini kerana sudah sakit. Terpaksa berpantang ketika memilih makanan yang ingin dimakan. Tidak lagi mampu bergerak bebas seperti sediakala. Memerlukan bantuan orang lain dalam urusan seharian.
Keseronokan berbelanja, tersalah labur atau sebagainya.
Wang dipinjam oleh orang lain, ditipu dalam pelbagai urusan melibatkan kewangan, dirompak atau disamun.
Lakukan Pekara Ini Selepas BERSARA
Youtube Channel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan