Selasa, 9 November 2021

Pantai Chendering

SCT Sotong Celop Tepung

Lokasi:
Pantai Chendering
 
Alamat:
Jalan Pantai Peranginan Chendering,
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu.
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Aktiviti:
Mandi Pantai
 
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
 
SCT Sotong Celop Tepung yang terletak di Pantai Chendering menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas selesai melakukan aktiviti Snorkeling @ Pulau Kapas serta mendaftar masuk ke homestay di Bukit Payong, Kuala Terengganu.
 
Lokasi ini asalnya dipilih kerana waktu operasinya lewat (tutup pukul 7.35 petang) berbanding dengan kedai lain sekitar Kuala Terengganu. Ada orang teringin makan sotong celup di Kuala Terengganu.
 
Nampak pantai, singgahlah sekejap. Ramai juga pengunjung petang ini.

04/11/2021: Sepetang Di Pantai Chendering

04/11/2021: Musim Tengkujuh Ini Besar Ombaknya

04/11/2021: Nampak Pulau Kapas Dari Restauran Ini

Selesai makan, bertolak ke Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall) untuk cari mesin ATM. Duit tunai ditangan dah tak banyak ini.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan