Lokasi:
Pantai Pulau Kapas
Aktiviti:
Snorkeling
Alamat:
Pulau Kapas,
Terengganu.
Waktu Operasi:
9.00 - 11.00 pagi
Tarikh Lawatan:
04 November 2021
Snorkeling menjadi aktiviti pertama yang dilakukan pada percutian hari kedua di Pulau Kapas. Pengalaman kali pertama ini. Risau dan ghairah juga rasa dihati. Maklumlah tiada pengalaman hidup snorkeling melihat ikan di tengah lautan. Jauh sikit dari pantai. Memang terapunglah dibuatnya nanti.
Sebelum memulakan aktiviti ini, kami diberi taklimat ringkas bagi menggelak dari berlakunya kemalangan ketika di lautan.

04/11/2021: Sebelum Terjun Laut |
04/11/2021: Ambil Gambar Dulu |
04/11/2021: Alat Atas Kepala Itu Hiasan Sahaja. Tak Reti Nak Guna |
04/11/2021: Pelambung Keselamatan Dari Kapal Di Turun Ke Bawah |
04/11/2021: Snorkeling Di Sekitar Kapal Sahaja |
Secara
keseluruhannya, saya amat berpuashati walaupun gagal dalam usaha melihat ikan
di dasar lautan. Ini tujuan utama snorkeling. Tak apalah, dapat rasai sedikit
pun sudah bagus. Tahu had keupayaan diri itu penting.
Aktiviti
ini sepatutnya berlangsung selamat 2 jam tetapi hanya 1 jam setengah sahaja
(termasuk pergi dan pulang) disebabkan cuaca tidak mengizinkan. Makin kuat
angin bertiup, makin besar gelombang gerakan ombak. Makin jauh diri dari kapal
dibuatnya. Letih hendak berenang ke kapal nanti.
Kelihatan
awan gelap di hujung pulau menandakan hujan lebat akan turun tak lama lagi.
Baik cepat pulang ke pantai. Lagi pun masa dah suntuk. Hendak bersiap lagi.
Percutian di pulau sudah berakhir.
Lokasi
persinggahan seterusnya selepas Pulau Kapas adalah di Pantai Chendering. Hendak
terokai Kuala Terengganu pula.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara
Catatan Seorang Kembara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan