Ketahui Kos Pelaburan Yang Terlibat
Dalam
menilai sesebuah pelaburan. Terdapat dua pekara penting yang wajib diketahui
dan ambil berat akannya. Perkara pertama adalah Potensi Keuntungan dalam
pelaburan tersebut. Pekara kedua pula adalah Kos Bukan Pelaburan yang
terlibat dalam pelaburan.
Ramai
orang ambil berat pada potensi keuntungan tetapi tidak melihat pada kos bukan
pelaburan yang ada. Keuntungan sebenar dalam sesebuah pelaburan adalah jumlah
pulangan (ROI) yang diterima setelah ditolak oleh semua kos bukan pelaburan yang
terlibat.
Contohnya
seperti dalam pelaburan hartanah. Kos bukan pelaburan untuk memiliki aset
tersebut adalah merangkumi cukai, caj guaman dan sebagainya.
Mari
kita lihat kos pelaburan dalam emas pula. Contoh yang diberikan berdasarkan
produk Public Gold. Lain jenama, lain syarikat, lain kosnya. Contoh yang
diberikan ini tidak melibatkan harga emas itu sendiri kerana ia satu pelaburan.
Kos
memiliki emas (dinar dan jongkong) jenama Public Gold.
1.
Gold Premium (GP)
Caj
Gold Premium dikenakan bagi semua produk emas Public Gold yang ada sekiranya
ingin memegang emas secara fizikal.
Ini
bererti emas yang dibeli dalam akaun emas GAP tidak dikenakan caj ini selagi
tidak keluarkannya dalam bentuk fizikal.
Caj
yang dikenakan ini berbeza mengikut berat dan rupa emas tersebut. Lagi berat
emas tersebut, lagi sikit caj yang dikenakan pergram.
2.
Easy Payment Purchase (EPP)
Caj
EPP hanya dikenakan sekiranya anda memilih untuk membeli emas secara terus @
runcit tetapi ingin membuat pembayaran secara berperingkat mengikut bulan.
Pilihan
yang diberi adalah selama 6 bulan atau 10 bulan (waktu promosi). Kemudahan ini
hanya diberi sekiranya pembelian melebihi jumlah yang ditetapkan dalam satu
transaksi (Bergantung syarat dan terma semasa).
3.
Gold In Transit (GIT)
Caj
GIT hanya dikenakan bagi pengeposan emas berinsuran secara terus ke kediaman
anda (bergantung kepada alamat yang direkodkan).
Kemudahan
ini wajib digunapakai sekiranya berat emas yang dibeli itu kurang atau sama
berat dengan 5 dinar (21.25 gram). Lebih dari itu perlu diambil di cawangan
Public Gold terdekat.
Jumlah
caj yang dikenakan adalah sebanyak RM 10 bagi satu penghantaran. Tertakluk
kepada syarat dan terma serta perubahan harga semasa.
Entri Berkaitan:
Perkhidmatan Tambahan Yang Di Sediakan Oleh Public Gold
4.
Caj Simpanan Emas
Caj
ini hanya dikenakan sekiranya anda membuat keputusan menyewa kotak keselamatan
di syarikat swasta atau bank yang menawarkan kemudahan ini. Caj ini biasanya
dikenakan mengikut tahunan.
Public
Gold juga ada menawarkan kemudahan ini yang terletak di Pulau Pinang. Syarikat
ini dikenali sebagai Public Safe.
Entri Berkaitan:
Kaedah Menyimpan Emas & Perak Dengan Cara Selamat
Ini
adalah kos yang anda perlu ketahui sekiranya memilih emas jenama Public Gold
untuk simpanan dan pelaburan. Kos ini juga terpakai pada pelaburan perak Public
Gold.
Pelaburan
terbaik adalah pelaburan yang anda ada ilmu tentangnya serta selesa dengannya.
Yang
menulis,
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Dealer
Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan