Kebebasan Kewangan
(Finance Freedom) secara ringkasnya bermaksud memiliki duit secukupnya untuk
menampung kehidupan seharian walaupun sudah tidak bekerja lagi. Tak bekerja pun
ada duit.
Contohnya...
Kaedah 1: Melalui
Simpanan
Memiliki wang sebanyak
RM 1.2 juta dalam akaun Tabung Haji (TH) yang menghasilkan dividen sebanyak RM
60,000 setahun (Anggaran 5%). Ini bererti akan memiliki sekurang-kurangnya RM
5,000 untuk dibelanjakan setiap bulan.
Formulanya:
RM 1,200,000 (Wang
Tunai) x 0.05 (Dividen) / 12 (Bulan) = RM 5,000 (Pendapatan Sebulan)
Bagaimana Nak
Mencapainya?
Langkah 1: Tentukan Pendapatan
Bulanan Yang Diingini Menjelang Persaraan
Katakanlah anda ingin
bersara pada usia 60 tahun dengan memiliki wang tunai ditangan sebanyak RM
5,000 sebulan. Dengan baki usia yang ada (anggaran 20 tahun).
Berapa banyak perlu
disimpan?
Cara 1: Berbelanja Sehingga
Habis Duit Simpanan
Formulanya:
5,000 (Belanja
Bulanan) x 12 (bulan) x 20 (tahun) = RM 1.2 Juta
Nota:
Dengan anggapan wang yang
ada tidak dilaburkan
Cara 2: Berbelanja
Tanpa Mengusik Duit Simpanan (Pelaburan)
Formulanya:
RM 1.2 juta x 5%
(purata) = RM 60,000 setahun (RM 5,000 sebulan)
Nota:
Dengan anggapan wang yang
ada dilaburkan dalam intrumen kewangan berisiko rendah
Langkah 2: Tentukan Jumlah
Minimum Perlu Disimpan
Katakan anda ada
tempoh 30 tahun sebelum bersara. Semua simpanan dilaburkan ke dalam pelaburan yang
memberi purata pulangan sebanyak 10% seperti emas.
Sekitar RM 550 sebulan
(anggaran) perlu disimpan bagi mendapatkan jumlah simpanan sebanyak RM 1.2 juta
menjelang usia 60 tahun.
Dah jelaskan berapa
banyak wang yang perlu disimpan. Ambil tindakan dari sekarang. Supaya anda
boleh bersara dengan aman dan tenteram.
Lagi Awal Mula...
Lagi Panjang Masa Yang
Ada...
Lagi Kurang Jumlah
Yang Perlu Disimpan Setiap Bulan...
Rahsianya adalah
dengan MENYIMPAN.
Kaedah 2: Melalui
Pemilikan Aset
Memiliki 10 buah rumah
yang memberi pulangan dalam bentuk sewaan sebanyak RM 500 sebulan. Sebulan dah
dapat RM 5,000 pendapatan pasif.
Formulanya:
10 (Buah Rumah) x RM
500 (Bersih Dari Sewaan) = RM 5,000
Nampak mudahkan.
Tetapi mencabar untuk dilaksanakan atas pelbagai faktor seperti pemilihan lokasi,
jenis, harga rumah dan sebagainya. Ia juga memerlukan sejumlah modal yang amat
besar untuk memulakannya.
Ingin mengikut jalan
ini? Mulakan dengan ilmu.
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Memiliki Rumah)
Rasa Sukar? Cuba Yang
Ini Pula...
Menulis buku, buat
lagu, buat produk digital dan sebagainya yang boleh menghasilkan pendapatan
pasif sebanyak RM 5,000 sebulan melalui royalty (komisen).
Bertindak sekarang.
Pilih mana satu sesuai untuk anda.
Buat Tanpa Jemu...
Buat Tanpa Nanti...
Buat Sehingga Jadi...
Rahsianya pada Ilmu, Kemahiran dan Kesungguhan.
Kaedah 3: Pemilikan
Perniagaan
Memiliki perniagaan
yang boleh bergerak dengan sendirinya tanpa kelibat atau campur tangan anda
sebagai pemilik seperti rangkaian restaurant seperti KFC, McDonald dan
sebagainya. Perniagaan yang menghasilkan pendapatan pasif secukupnya untuk
anda.
“Bermula Dengan
Pendapatan Aktif. Berakhir Dengan Pendapatan Pasif”
Contohnya:
Dealer Public Gold (Public Gold Bussines
Owner)
Terdapat dua sumber
pendapatan pasif yang boleh diperolehi oleh Dealer Public Gold iaitu:
1. Public Gold (Emas
& Perak)
Setiap Dealer Public
Gold akan dibayar insentif ke atas pembelian atau jual balik emas atau perak
jenama Public Gold untuk diri sendiri atau pelanggan yang berdaftar di bawah
rangkaian sendiri.
Setiap insentif yang
diterima akan di kreditkan dalam c-wallet setiap 20 haribulan (insentif bulan
ini akan di bawa ke bulan hadapan) bagi RM 100 dan sen pertama. Baki akan
dikredit terus dalam akaun peribadi.
Formulanya:
1,000 (Frontine) x RM
265 (segram) x 2% (Insentif) = RM 5,120
Nota:
1. Frontline (FL) merujuk
pelanggan yang berdaftar serta telah membeli produk Public Gold. Pelanggan tersebut
akan memperolehi PG Kod yang berbeza.
2. Insentif dikira
dalam bentuk peratusan dari jumlah pembelian atau jual balik pelanggan. Jumlah
peratusan (1-2%) yang diterima berbeza bergantung pada status Dealership.
Status Dealership/
Peratusan:
Master Dealer (MD)/
2.0%
Priority Dealer (PD)/
1.5%
Normal Dealer (ND)/
1.0%
Jual Balik: 0.3%
Entri Berkaitan:
Komisen Public Gold
2. PG Mall
(E-Commercial)
Setiap pelanggan yang
berdaftar di PG Mall akan mendapat insentif ke atas pembelian sendiri atau
pelanggan berdaftar di bawah rangkaian sendiri bagi sebarang produk yang ada di
PG Mall.
Setiap insentif yang
diterima akan di kreditkan dalam c-wallet setiap 25 haribulan (insentif bulan
ini akan di bawa ke bulan hadapan).
Formulanya:
5,000 (Frontline) x RM
200 (pembelanjaan) x 0.5% (Insentif) = RM 5,000
Nota:
1. Frontline (FL) merujuk
pelanggan yang berdaftar serta membeli produk di PG Mall.
2. Insentif dikira dalam
bentuk peratusan dari jumlah pembelian. Jumlah peratusan (0.5-2%) yang diterima
berbeza bergantung pada status Dealership.
Status Dealership/
Peratusan:
Master Dealer (MD)/
2.0%
Priority Dealer (PD)/
1.5%
Normal Dealer (ND)/
1.0%
Pelanggan/ 0.5%
Insentif yang diterima
dikira pendapatan pasif kerana kita hanya perlu daftar dan ajar sehingga
pelanggan boleh lakukan segala transaksi sendiri. Buat sekali, hasil
berkali-kali.
Contoh pengiraan yang
diberi hanya dengan anggapan pelanggan yang ada tidak mendaftar pelanggan lain
di bawahnya. Terdapat 11 jenis insentif yang boleh diterima oleh Dealer Public
Gold. Bergantung kepada status.
Pilih perniagaan yang
betul. Kerana ia cara terbaik menjana pendapatan pasif secara berterusan
sehingga ke hujung nyawa dan boleh diwariskan ke anak cucu.
Entri Berkaitan:
Komisen PG Mall
Pekara yang terbaik
adalah memiliki ketiga-tiganya sekali. Ada simpanan yang mencukupi. Ada aset
yang menjanakan pendapatan pasif yang mencukupi dan ada perniagaan yang memberi
pendapatan aktif yang memuaskan.
Kebebasan kewangan
berada ditangan anda.
Entri Berkaitan:
5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (Pengenalan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan