Kemaskini
pada 27/01/2022
Berikut
adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan berkaitan dengan Insurans @
Takaful.
1.
Tiada Takaful Hayat
Tidak
mengambil sebarang polisi takaful hayat mendedahkan waris kepada kesukaran
untuk meneruskan hidup dengan selesa. Terutama yang bergantung hidup dengan
kita dari segi kewangan apabila berlakunya kecelakaan terhadap diri sendiri.
Dengan
takaful, kita dapat mengelak waris berada dalam keadaan meminta-minta atau
menagih belas kesian orang lain selepas ketiadaan kita nanti.
Entri Berkaitan:
2.
Tiada Kad Perubatan
Tidak
mengambil sebarang polisi takaful yang melibatkan kad perubatan akan
mendedahkan kita dengan masalah (dari segi kewangan) ketika mengalami
kecederaan atau ditimpa penyakit yang perlu dirawat di hospital. Kos rawatan bukan murah sekarang ini
(bergantung kepada tahap kecederaan).
Bukan
semua jenis rawatan ditanggung sepenuhnya oleh hospital kerajaan (kos
perubatan). Ada kos yang perlu kita bayar sendiri tau.
3.
Melanggani Polisi Takaful Hayat Yang Salah
Mengambil
polisi takaful yang salah itu satu kerugian. Terutama dari sudut kewangan. Duit
melayang, apa yang diharapkan pun tak dapat.
Kita
mengambil takaful demi kepentingan diri atau waris. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab kita memastikan waris dapat apa yang sepatutnya selepas ketiadaan
kita.
4.
Melanggani Insurans Bukan Takaful
Mengambil
polisi insurans konventional bagi orang islam itu haram dan berdosa terutama
apabila ada pilihan lain yang halal seperti takaful.
Melanggan
takaful memberi kita pahala bersedekah yang berpanjangan. Pahala membantu orang
yang berada dalam kesusahan sambil kita juga dibantu apabila memerlukan.
5.
Jumlah Perlindungan Takaful Terlalu Kecil
Adalah
satu kerugian apabila anda melanggani polisi takaful yang memberi jumlah
perlindungan (pampasan) yang terlalu kecil.
Kesian
pada waris yang ditinggalkan dengan pampasan yang tidak seberapa yang sekadar
mampu menanggung kos sara hidup mereka bagi tempoh masa yang terlalu singkat.
6.
Melanggani Takaful Tak Penting
Bukan
semua jenis takaful perlu dilanggani. Mengambil takaful yang yang tak perlu @
penting hanya membazirkan wang sahaja. Terutama yang memberi pampasan yang
tidak setimpal.
Baik
guna sahaja duit yang ada untuk menyelesaikan masalah yang ada, dari melanggani
polisi takaful untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lagi berbaloi.
Mengambil
takaful hayat itu satu keperluan tetapi boleh menjadi satu pembaziran apabila
tidak menepati keperluan. Utamakan yang penting dahulu. Ada bajet lebih baru
ambil yang sampingan.
Berbelanja
dengan bijak. Kerana sumber yang kita ada amatlah terhad.
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Saya setuju terutama poin no. 6.
BalasPadamTerima kasih
Padam