Berikut
adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan ketika menyimpan wang.
1.
Tidak Menyimpan Wang
Banyak
sebab kenapa kita gagal menyimpan walaupun sedikit dari pendapatan yang
diperolehi. Antara sebab yang biasa diberi adalah seperti berikut:
Pendapatan
yang diterima dirasai tidak mencukupi untuk sara hidup apatah lagi untuk
menyimpan…
Tidak
merasakan pentingannya menyimpan demi masa hadapan. Biasanya terjadi kepada
orang yang tidak memiliki impian dan matlamat yang jelas...
Tidak
mampu untuk menahan, menangguh atau mengorbankan keinginan masa sekarang demi
memenuhi keinginan di masa hadapan…
Dan
pelbagai alasan lagi untuk mewajarkan tindakan untuk tidak menyimpan. Kita
boleh memberi seribu satu sebab untuk tidak menyimpan. Semua sebab itu adalah
betul dan benar. Tetapi sebab itu tidak mengubah apa-apa pun dalam kehidupan kita
di masa hadapan.
Rahsia
menjadi penyimpan yang berjaya adalah dengan hidup di bawah kemampuan. Selagi
tidak mampu melakukannya. Maka menyimpan itu hanya tinggal angan-angan sahaja.
2.
Menyimpan Wang Terlalu Sedikit
Menyimpan
sahaja tidak mencukupi kalau hanya mampu simpan dalam jumlah yang terlalu
sikit. Bila masa nak capai matlamat yang ditetapkan kalau begitu. Sebahagian
besar matlamat perlukan jumlah duit yang banyak seperti berkahwin, menunaikan
haji, beli kereta, beli rumah, bersara dengan aman dan sebagainya.
Jalan
penyelesaiannya adalah dengan membina pendapatan kedua @ sampingan khas untuk tujuan
menyimpan sahaja.
3.
Menyimpan Wang Hanya Sekali Sekala
Menyimpan
ini perlukan displin yang tinggi. Sekadar mampu menyimpan dalam jumlah yang
banyak tidak mencukupi kalau tidak mampu untuk menyimpan secara konsisten.
Selagi kita tidak mampu menjadikan aktiviti menyimpan sebagai sesuatu yang
wajib dibuat terlebih dahulu sebelum berbelanja, selagi itu kita tak mampu
simpan secara konsisten.
Jalan
penyelesaiannya adalah dengan menggunakan kemudahan potongan secara automatik
untuk menyimpan.
4.
Menyimpan Wang Untuk Seketika Sahaja. Kemudian Keluarkan Kembali.
Menyimpan
dalam jumlah yang banyak secara konsisten menjadi satu tindakan yang sia-sia
apabila kita tidak mampu menghalang diri dari mengeluarkan simpanan yang ada
selain dari tujuan asal. Lagi banyak duit simpanan yang ada, lagi kuat
godaannya.
Jalan
penyelesaiannya adalah dengan mengamalkan prinsip simpan dan lupakan. Memiliki
matlamat yang jelas juga mencegah diri dari menggunakan simpanan yang ada.
Kalau masih tidak mampu, tukar sahaja duit simpanan tersebut ke dalam bentuk
aset seperti emas dan perak.
5.
Menyimpan Tanpa Melabur
Menyimpan
tanpa melabur adalah satu kerugian kerana inflasi mengurangkan kuasa beli simpanan
untuk jangka masa yang panjang. Tujuan utama melabur adalah untuk membantu
mengekalkan kuasa beli simpanan yang ada. Untung lebih itu satu bonus.
Jalan
penyelesainnya adalah dengan melabur wang simpanan dalam intrument kewangan
berisiko rendah tetapi memberi pulangan yang melebihi kadar inflasi semasa
seperti emas, perak, ASB, Tabung Haji (TH) dan sebagainya.
Adakah Anda Melakukan Kesilapan Kewangan Ini?
Kalau Tak Mampu Mengorbankan Kesenangan
Pada Masa Kini. Maka Bersedialah Untuk Mengorbankan Kesenangan Pada Masa
Hadapan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan