Berikut
adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan ketika melabur wang.
1.
Tidak Melabur
Menyimpan
tanpa melabur itu satu kerugian kerana pelaburan adalah salah satu cara
mengekalkan kuasa beli wang yang disimpan untuk jangka masa panjang.
Pilih
pelaburan yang anda selesa, suka dan ada ilmu tentangnya. Bukan semua pelaburan
sesuai untuk semua orang. Bukan semua tahap risiko pelaburan sesuai untuk semua
orang.
Entri Berkaitan:
Kenapa Perlu Saya Melabur?
2.
Melabur Terlalu Sikit
Kekayaan
tidak akan terbina dengan melabur wang terlalu sikit. Jumlah pelaburan akan
menentukan berapa banyak keuntungan yang kita akan perolehi. Tidak guna
mendapat pulangan 100% sekalipun sekiranya jumlah pelaburan yang dibuat hanya
sebanyak RM 100 sahaja.
Melabur
dengan jumlah yang banyak akan memberi pulangan yang lebih banyak.
3.
Melabur Hanya Sekali-Skala
Kita
tak akan kaya kalau sekadar melabur sekali-sekala. Kecualilah anda melabur
dalam jumlah yang amat banyak. Majoriti dari kita tidak mampu melabur dalam
jumlah yang banyak.
Oleh
itu, laburlah secara konsisten dan berterusan. Sikit-sikit, lama-lama jadi
banyak. Bagi masa pada pelaburan anda untuk berkembang. Semua pekara ada tempoh
masanya yang tersendiri.
Anda
tidak boleh memperolehi anak dalam tempoh sebulan dengan mengandungkan 10
wanita dalam satu masa.
4.
Melabur Terlalu Banyak Jenis Pelaburan
Melibatkan
diri dalam pelbagai jenis pelaburan bukan satu tindakan yang bijak terutama
dalam pelaburan yang sama kategori. Sekiranya pelaburan itu merugikan, maka
semua pelaburan lain (dalam kategori yang sama) akan turut rugi. Ini akan
mengagalkan tujuan asal kita terlibat dalam pelbagai pelaburan bagi
mengurangkan kerugian.
Pilih
pelaburan yang berbeza jenisnya dan hadkan bilangan pelaburan yang ingin
diceburi. Supaya kita boleh fokus membanyakkan jumlah simpanan dalam satu
pelaburan. Lagi banyak yang dilaburkan, lagi tinggi potensi keuntungannya.
5.
Melabur Dalam Tempoh Masa Yang Singkat
Pelaburan
adalah komitmen jangka masa panjang. Membina kekayaan sedikit demi sedikit
dalam tempoh masa yang lama. Fahaminya, anda tidak akan menanggung kerugian
atas ketidaksabaran atau ketamakan untuk untung besar dalam tempoh masa yang
pendek.
Nak
untung dalam tempoh masa yang singkat, libatkan diri dalam perniagaan. Nak
untung dalam tempoh masa yang lama, libatkan diri dalam pelaburan. Meniaga,
anda bekerja untuk wang. Melabur, wang bekerja untuk anda.
6.
Melabur Tanpa Ilmu
Setiap
instrumen pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Secara teorinya, lagi tinggi
risiko, lagi tinggi potensi keuntungannya.
Tetapi
risiko yang paling tinggi adalah melabur tanpa ilmu. Tidak memahami bagaimana
sesuatu pelaburan tersebut berfungsi akan mendedahkan kita akan kerugian
seperti ditipu, salah labur dan sebagainya.
Melabur
tanpa ilmu itu bukan satu pelaburan. Ia satu perjudian.
Entri Berkaitan:
Tips Dan Panduan Melabur Dengan Cara Selamat
Adakah Anda Melakukan Kesilapan Kewangan Ini?
Kenapa Perlu Saya Melabur?
Tips Dan Panduan Melabur Dengan Cara Selamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan