Sabtu, 8 Januari 2022

Sebelum Melanggani Insurans

Kalender & Diari Etiqa 2022

Berikut adalah pekara yang wajib anda lakukan sebelum melanggani sebarang polisi insurans. Panduan yang dikongsi ini hanya untuk insurans hayat sahaja.


1. Status Perlindungan

Pekara pertama yang wajib anda lakukan sebelum melanggani insurans adalah dengan memastikan hanya melanggani produk insurans yang patuh shariah (takaful). Sedangkan makan pun hendak cari yang halal, tak kan produk kewangan nak cari yang haram pula.
 
Cara termudah dan tercepat untuk tentukan sesuatu produk insurans patuh syariah atau tidak adalah dengan melihat nama pengendali insurans tersebut (syarikat).
 
Semua pengendali insurans yang patuh syariah menggunakan perkataan takaful pada namanya. Contoh seperti Etiqa Takaful Family, Takaful Nasional dan sebagainya.
 
Mudahkan nak kenalpasti. Untuk pengetahuan anda. Nama takaful bukan sebarangan boleh dimasukkan dalam nama syarikat @ pengendali. Perlu kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM).

 
2. Jenis Perlindungan
 
Perkara kedua yang wajib anda lakukan adalah dengan mengenalpasti jenis perlindungan yang diperlukan. Murah tidak semestinya perlu. Perlu tidak semestinya murah.
 
Berikut adalah 4 jenis perlindungan yang wajib di miliki oleh setiap orang terutama apabila ada orang lain yang bergantung hidup dengan anda dari segi kewangan.
 
Perlindungan yang wajib ada mengikut turutan:
 
Perlindungan Asas
(a) Kematian
(b) Cacatan Kekal (HUMK)
 
Perlindungan Tambahan
(c) Kad Perubatan
(d) Penyakit Kritikal
 
Perlindungan selain yang dinyatakan hanyalah sebagai pilihan sahaja. Hendak ambil digalakkan. Tidak ambil pun tidak apa. Bergantung pada bajet yang anda miliki.
 
Entri Berkaitan:
Perlindungan Asas Dalam Takaful
 
 
3. Jumlah Perlindungan
 
Pekara ketiga yang perlu anda lakukan adalah dengan mendapatkan jumlah perlindungan yang mencukupi dengan caruman serendah mungkin.
 
Mengambil polisi insurans semasa umur masih muda, tempoh perlindungan yang pendek, sihat tubuh badan, tidak merokok adalah faktor penting bagi mendapatkan perlindungan yang tinggi dengan caruman yang rendah.
 
Berikut adalah jumlah perlindungan yang dikira mencukupi.
(a) Kematian dan Cacat Kekal: 10 tahun gaji kasar semasa
(b) Penyakit Kritikal: 5 tahun gaji kasar semasa
 
Pastikan caruman yang dilakukan setiap bulan tidak melebihi 10% dari pendapatan kasar semasa.
 
Seimbangkan antara jumlah perlindungan serta jumlah caruman yang perlu di bayar. Tak dapat semua, jangan tinggal semua.
 
 
4. Tempoh Perlindungan
 
Perkara keempat yang perlu anda lakukan adalah menentukan tempoh masa perlindungan yang munasabah. Lagi panjang tempoh perlindungan, lagi rendah jumlah perlindunga yang dimiliki.
 
Waktu paling ideal memiliki polisi insurans adalah diantara umur antara 18 tahun sehingga 60 tahun (waktu pencen). Waktu ini adalah paling kritikal kerana anda masih lagi bekerja mencari rezeki.
 
Mengambil insurans pada umur muda (bawah 18 tahun) tidak digalakkan kerana tiada tanggungjawab @ komitmen lagi. Komitmen terhadap orang lain dari sudut kewangan. Pengecualian terhadap beberapa polisi insurans seperti pendidikan atau kad perubatan.
 
Mengambil insurans pada usia lanjut (atas 60 tahun) adalah tidak digalakkan kerana caruman yang perlu dibayar amat tinggi demi perlindungan yang rendah. Waktu ini tak berbaloi lagi ambil insurans walaupun dalam keadaan sihat sekalipun. Kecuali anda ingin jadikan insurans sebagai cara mewariskan harta secara terus, cepat dan mudah kepada pihak yang diingini.
 
 
Pilih produk insurans dengan penuh teliti. Tetapi jangan ambil masa terlalu lama. Kerana masa memainkan peranan yang penting dalam insurans. Kita tidak tahu bila kecelakaan berlaku di masa hadapan. Berapa lama lagi umur yang tinggal.
 
Tinggalkan keluarga dalam keadaan yang selesa lebih baik dari keadaan meminta-minta.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful



Tiada ulasan:

Catat Ulasan