Revolusi Dalam Proses Penghantaran Produk Public Gold
Tahukah Anda?
Terdapat pelbagai
perubahan cara penghantaran emas oleh Public Gold dalam tempoh 14 tahun ini
(2008 sehingga 2022). Maklumlah, Public Gold menjual produk emas dan perak
secara atas talian. Jadi kenalah buat penghantaran ke pelanggan. Mari kita
lihat kaedahnya.
Secara umumnya kita
boleh bahagikannya mengikut era yang berbeza.
Era 1: Sebelum Ada
Cawangan
Pada zaman ini, staf
Public Gold bertanggungjawab untuk menghantar terus semua produk Public Gold
yang telah dibeli oleh pelanggan ke seluruh Malaysia. Kebanyakkan masa
menggunakan pengangkutan darat. Kecuali sekiranya perlu dihantar ke Sabah dan
Sarawak.
Public Gold akan kumpul
semua pembelian yang telah dilakukan sehingga mencukupi sebelum bergerak pusing
satu Semenanjung Malaysia. Waktu ini memang agak lambat nak dapat emas yang
dibeli. Proses penghantaran biasanya
mengambil masa paling kurang sebulan.
Apabila sampai ke satu
kawasan berdekatan dengan pelanggan. Staf Public Gold akan menghubungi
pelanggan tersebut untuk berjumpa dilokasi yang bersesuaian. Kadang-kadang di
tepi lebuhraya pun boleh ambil emas.
Pelanggan juga boleh
pergi terus ke HQ Public Gold di Pulau Pinang untuk mengambil stok sekiranya
ingin cepat. Kos kena tanggung sendirilah.
Kisah ini dikongsi
oleh dealer dan pelanggan terawal Public Gold.
Era 2: Selepas Ada
Cawangan
Selepas cawangan
dibuka disetiap negeri di Malaysia. Public Gold menghantar stok terus ke cawangan.
Ini bererti pelanggan perlu datang ke cawangan untuk mengambil produk yang
dibeli.
Kebiasaannya,
pelanggan diminta membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi cawangan sebelum
datang mengambilnya. Kecuali sekiranya produk (stok) tersebut sudah ada di
cawangan atau hendak keluarkan dari akaun GSAP. Salah satu sebabnya adalah
cawangan tidak memegang stok yang banyak atas sebab keselamatan.
Era 3: Selepas Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)
Semua produk Public
Gold dihantar terus ke pelanggan melalui pos berinsuran menggunakan kemudahan
GIT. Pelanggan hanya perlu membuat sedikit pembayaran tambahan apabila
menggunakan kemudahan ini.
Hanya produk emas
melebihi berat 21.25 gram serta perak melebihi berat 1000 gram sahaja yang
masih perlu diambil di cawangan terdekat. Apa yang perlu dilakukan adalah
membuat permohonan ke cawangan terdekat. Tempoh masa yang diambil biasanya
lebih lama dari biasa.
Ini bukan
pengakhirannya. Pada masa hadapan nanti Public Gold akan memudahkan lagi urusan
penghantaran produk tanpa pengorbankan aspek keselamatan.
Sekadar satu
perkongsian kisah bagaimana Public Gold meningkatkan kualiti perkhidmatannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan