Khamis, 10 Februari 2022

Setiap Kategori Ada Fungsinya Tersendiri

Setiap Kategori Ada Fungsinya Tersendiri

Setiap kategori dalam pengurusan kewangan peribadi ada fungsinya yang tersendiri.
 
Seperti...
 
 
1. Simpanan
 
Asingkan sedikit duit dari pendapatan (gaji) yang diterima setiap waktu (minggu, bulan atau tahun) dan letaknya di tempat yang selamat.
 
Tujuan utama adalah untuk menampung pembelanjaan yang besar pada masa hadapan seperti berkahwin, membeli rumah dan sebagainya.
 
Instrumen Kewangan:
Akaun Simpanan (Bank), Tabung (Di Rumah) dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Kenapa Perlu Saya Menyimpan?

 
2. Insurans/ Takaful
 
Bertujuan untuk menguruskan risiko yang melibatkan diri sendiri atau barangan yang berharga. Mengorbankan sedikit duit setiap waktu (bulan, suku tahun, setengah tahun atau tahun) bagi menyediakan sejumlah duit yang banyak sebagai pampasan kepada diri atau waris sekiranya berlaku keadaan diluar jangkaan.
 
Biasanya ketika ditimpa kecelakaan terhadap diri (yang menghalang diri dari terus bekerja mencari duit) atau musibah yang merosakkan barang tersebut (sebahagian atau keseluruhan) seperti kereta, rumah dan sebagainya.
 
Instrumen Kewangan:
Produk Etiqa Takaful (Hayat) seperti Prisma, Karisma dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Kenapa Memiliki Takaful Itu Penting
 
 
3. Pelaburan
 
Tujuan utama adalah untuk mempertahankan atau mengekalkan kuasa beli (nilai) wang simpanan yang ada dari ancaman inflasi.
 
Keuntungan yang dijana dapat menampung kenaikan kadar inflasi dalam tempoh masa yang panjang. Sekiranya dapat lebih dari sepatutnya, anggaplah ia sebagai bonus sahaja.
 
Instrumen Kewangan:
ASB, Tabung Haji, Emas, Perak dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Kenapa Perlu Saya Melabur?
 
 
4. Hutang
 
Bertujuan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan yang melebihi dari kemampuan diri dari segi kewangan seperti rumah dan sebagainya.
 
Menggunakan wang orang lain untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan pada masa kini dengan janji akan membayar balik secara berperingkat pada masa hadapan. Jumlah yang dibayar balik biasanya lebih banyak dari pinjaman asal (dikira dengan bunga sekali).
 
Instrumen Kewangan:
Pembiayaan Peribadi, EPP Public Gold dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
Perlukah Ber'Hutang'?
 
 
5. Penyucian
 
Bertujuan untuk memberi hak orang lain yang ada dalam harta kita (2.5% dari keseluruhan harta yang layak dikenakan zakat) atau sekadar satu bentuk bantuan secara sukarela kepada yang memerlukan.
 
Instrumen Kewangan:
Zakat, Sedekah, Wakaf dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (6. Penyucian)
 
 
6. Pewarisan
 
Bertujuan untuk serahan harta yang dimiliki kepada waris yang layak selepas kematian pemilik harta melalui hukum faraid atau persetujuan bersama antara waris.
 
Menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan harta kita dapat diserahkan kepada waris tanpa masalah serta secepat mungkin sebelum kematian.
 
Pemegang Amanah:
Amanah Raya Berhad dan sebagainya.
 
Entri Berkaitan:
7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (7. Pewarisan)
 
 
Fahamikannya supaya anda boleh merancang kewangan dengan lebih baik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan