Berikut
adalah antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pemegang polisi Insuran @
Takaful yang akan memberi kesan besar pada kemudian hari.
1.
Letak Penama Bawah Umur
Salah
satu pekara yang wajib dielakkan ketika mengambil takaful adalah meletakkan
penama @ waris yang di bawah umur. Tidak kira apa sebab sekali pun.
Tujuan
utama mengambil takaful adalah untuk mendapatkan sejumlah wang yang mencukupi
secepat yang mungkin. Sementara menunggu harta lain dicairkan (diagihkan kepada
yang layak).
Pampasan takaful tidak dapat diserahkan kepada penama @ waris selagi tidak berumur 18 tahun. Ini menyebabkan matlamat asal ambil takaful tidak dapat dipenuhi.
Ini
satu kerugian.
Buat
keputusan yang betul supaya kita dapat elak masalah dikemudian hari. Terutama
kepada waris yang ditinggalkan. Pastikan penama yang diletak berumur di atas 18
tahun.
Pampasan takaful tidak dapat diserahkan kepada penama @ waris selagi tidak berumur 18 tahun. Ini menyebabkan matlamat asal ambil takaful tidak dapat dipenuhi.
2.
Tidak Membaca Terma & Syarat Polisi Takaful
Salah
satu pekara wajib yang perlu dilakukan oleh pemegang sijil @ polisi takaful selepas
menerima buku sijil @ polisi adalah dengan membaca serta memahami segala terma
dan syarat yang ada. Ia merangkumi perlindungan yang diambil serta had yang
diletakkan bagi semua perlindungan yang ada.
Pemegang
polisi mempunyai hak untuk membatalkan polisi yang diambil dalam tempoh 15 hari
(bagi Etiqa) selepas menerima buku sijil sekiranya tidak berpuas hati dengan
apa yang telah dimaklumkan terdahulu. Segala caruman yang dibuat akan dipulangkan
kembali sekiranya membuat pembatalan polisi dalam tempoh tersebut.
Tidak
membaca dan memahami segala terma dan syarat yang ada akan menyebabkan anda
terasa seperti ditipu apabila gagal untuk mendapat pampasan seperti yang telah
dijanjikan (sekiranya berlaku).
Polisi
anda, tanggungjawab anda. Ketahui hak anda sebagai seorang pemegang polisi
takaful.
3.
Tidak Memastikan Polisi Takaful Sentiasa Aktif
Salah
satu syarat utama bagi memastikan polisi takaful yang diambil terus aktif
sehingga tarikh matang atau sehingga pampasan diberi adalah dengan membayar
caruman mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Oleh
itu, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan pembayaran dibuat mengikut
tarikh yang ditetapkan bagi mengelakkan polisi tidak aktif (lapse). Hendak
aktifkan balik polisi yang sudah tak aktif agak leceh juga. Ada banyak syarat
lain perlu dipenuhi.
Sebarang
perubahan dalam kaedah pembayaran serta tempoh masa pembayaran perlulah
dimaklumkan supaya pembayaran caruman tidak terjejas. Hendak elak dari terlepas
bayar caruman, pastikan anda pilih kaedah pembayaran secara automatik. Mudahkan
caranya.
Polisi
anda, tanggungjawab anda untuk memastikan polisi takaful sentiasa aktif @
berjalan sepanjang masa.
4.
Tidak Maklumkan Kepada Waris
Antara
pekara penting yang wajib dilakukan oleh pemegang polisi takaful adalah dengan
memaklumkan kepada menama @ waris tentang semua perlindungan yang telah
diambil. Supaya
waris tahu haknya yang boleh dituntut ketika kecelakaan menimpa kita sebagai
pemegang polisi.
Perlindungan
yang diambil menjadi tidak bermakna @ hilang matlamatnya sekiranya waris tidak
tahu akannya. Mencarum demi kepentingan waris tetapi waris tidak merasainya.
Ini satu kerugian.
Maklum
juga kepada waris sekiranya polisi yang diambil telah terbatal @ dibatalkan.
Supaya tidak memberi harapan palsu kepada waris dikemudian hari.
Maklum
kepada waris. Itu tanggungjawab kita.
5.
Tidak Tahu Cara Menuntutnya
Mengambil
takaful hanyalah langkah pertama dari beberapa langkah yang perlu diambil
sebagai pemegang sijil @ pencarum. Mengetahui cara menuntut hak yang tertakluk dalam
perjanjian adalah penting supaya kita atau waris tahu apa perlu dibuat bila
tiba masanya nanti.
Secara
umumnya ia tidak sesukar mana untuk menuntut hak dari pengendali operasi
asalkan dokumen yang lengkap diserahkan. Hanya dalam keadaan tertentu ia menjadi
sedikit rumit seperti kad perubatan.
Pekara
yang mudah akan jadi sukar sekiranya kita ambil mudah. Terutama bila kita tidak
jelas akan polisinya.
Ambil
tahu akannya walaupun kita boleh bergantung pada ejen bila tiba masanya. Tiada
jaminan bahawa ejen selalu ada dengan kita selama-lamanya (sehingga tarikh
matang). Segalanya boleh berlaku kan. Terutama apabila takaful ini adalah satu
komitmen jangka masa panjang.
Ambil
tahu cara menuntut hak anda walaupun secara asas sahaja.
Sekurang-kurangnya
anda atau waris tidak hilang arah tidak tahu apa perlu dibuat bila tiba masanya
nanti. Baru tak rasa ditipu pula dikemudian hari.
Entri Berkaitan:
Kesilapan Kewangan (Insurans)
Dah
tahu kan apa yang patut dilakukan. Bertindak sekarang. Sementara masa masih mengizinkan.
Kesilapan Kewangan (Insurans)
Yang
menulis,
Mohd
Faiz bin Abdul Manan
Ejen
Etiqa Family Takaful
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan