Tahukah Anda?
Kadang-kadang masalah besar yang kita hadapi dalam hidup ini
terutama dari sudut kewangan berpunca dari tindakan atau keputusan yang kita
lakukan pada masa lalu.
Ini berlaku apabila kita membuat keputusan yang melanggari pantang
larang dalam pengurusan kewangan.
Contohnya...
1. Berhutang untuk bagi pinjam duit atau bayar hutang orang lain.
Walaupun dengan ahli keluarga sendiri. Tiada jaminan orang yang berhutang
dengan kita akan membayar hutang tersebut seperti dijanjikan. Akhirnya kita
yang merana.
2. Berhutang untuk melabur dalam skim pelaburan yang tidak
diketahui sah dari segi undang-undang @ yang tidak jelas operasinya dan
meragukan. Apabila pelaburan itu bungkus, maka hanguslah sekali wang pelaburan
kita.
3. Bagi pinjam nama, akaun bank dan sebagainya (milik sendiri) pada
pihak lain atas apa urusan sekali pun terutama apabila kita sendiri tidak jelas
apa yang ingin dilakukan oleh pihak tersebut. Tiba-tiba sahaja kita ditahan dan
didakwa terlibat bersubahat dengan aktiviti jenayah orang lain.
4. Terlibat dalam urusan yang berisiko seperti sambung bayar kereta
oleh pihak ketiga, beli tanah lot lidi dan sebagainya. Apabila pemilik tanah
mungkir janji atau berlakunya isu pewarisan. Tanah yang dibeli pun tiada, wang pun
lebur begitu sahaja.
Ini hanya sebahagian kecil dari pantang larang yang ada.
Melanggarinya, bersedia untuk menerima akibatnya. Tiada apa yang mampu kita
lakukan sekiranya pekara buruk berlaku. Bukan setakat wang ringgit sahaja hilang,
bahkan mungkin kita menghadapi pekara yang lebih buruk dari itu.
Tidak perlu tergesa-gesa buat keputusan dalam kewangan ini.
Pertimbangkan sebaiknya setiap risiko yang ada. Lihat risiko terlebih dahulu
sebelum melihat keuntungan yang ada.
Buat keputusan berdasarkan kiraan bukan sekadar main agak sahaja.
Pilihan Ditangan Anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan