Selasa, 19 April 2022

Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Hadiyyah Takafulink @ Etiqa

Kemaskini pada 04/01/2024
Pelan Perlindungan & Pelaburan Jangka Masa Panjang Hadiyyah Takafulink @ Etiqa
Sumber: https://www.motortakaful.com/HadiyyahSimpanan


Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan Hadiyyah Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
HADIYYAH TAKAFULINK
 
Pengenalan
 
Simpanan bukanlah jaminan untuk kesenangan masa depan. Tetapi, ia adalah sesuatu yang amat penting untuk anda dan keluarga. Dengan Hadiyyah Takafulink, pelan takaful berkaitan pelaburan dan Takafulink Savings Flexi, manfaat simpanan tambahan (sumbangan berbayar), anda akan menerima ganjaran bayaran tunai tambahan.
 
Anda dapat meningkatkan simpanan anda dari pendidikan dan persaraan sehingga detik indah bersama keluarga serta dapat memberikan Hibah kepada keluarga anda
 
Sumber: Takaful Hadiyyah

Ciri-Ciri Utama
 
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara
Bukan Warganegara
 
Nota:
Tertakluk kepada syarat dan peraturan khas untuk bukan warganegara Malaysia. Warganegara dari USA dan Kanada tidak layak menyertai pelan ini.
 
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
17 Tahun ke atas
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
14 hari sehingga 55 tahun
Pembayar
17 Tahun ke atas
 
Nota: Terhad kepada pasangan dan anak sahaja


Jumlah Caruman:
Serendah RM 300 sebulan atau RM 3,600 setahun
 
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
Tempoh Pembayaran
Minimum: 8 tahun
Maksimum: 20 tahun
 
Tempoh Matang
Minimum: 25 tahun
Maksimum: 30 tahun
 
Nota:
1. Tempoh pembayaran adalah dari 8, 10, 15 dan 20 tahun (pilih salah satu).
2. Tempoh pembayaran selama 8 tahun hanya untuk polisi takaful yang memiliki tempoh matang selama 25 tahun. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran selama 8, 10 atau 15 tahun bagi polisi yang memiliki tempoh matang selama 25 tahun.
3. Tempoh pembayaran selama 10, 15 dan 20 tahun hanya wujud bagi polisi takaful yang memiliki tempoh matang selama 30 tahun.
4. Tempoh pembayaran selama 20 tahun hanya untuk polisi takaful yang memiliki tempoh matang selama 30 tahun.
5. Caj dikenakan sebanyak 20% dari jumlah caruman tahunan sekiranya polisi dibatalkan kurang dari 2 tahun.
 
Manfaat Utama
 
Manfaat Pelaburan
 
Setiap caruman yang dibuat akan ditukarkan ke dalam unit untuk dilaburkan. Harga bagi setiap unit berbeza bergantung kepada harga semasa. Pemegang polisi boleh memilih untuk melabur dari 3 dana pelaburan yang ada bergantung pada tahap risiko yang diingini.
 
Berikut adalah Dana Pelaburan yang ada:
 
1. Dana Pendapatan Prima Takaful
Tahap Risiko: 2 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (56%), Deposit Tetap (5%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (39%)
Caj Pengurusan: 1.0% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah.
 
2. Dana Syariah Seimbang
Tahap Risiko: 3 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Deposit Tetap (18%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (82%)
Caj Pengurusan: 1.2% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih dengan risiko yang seimbang.
 
3. Dana Ekuiti Prima Takaful
Tahap Risiko: 5 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (95%) & Deposit Tetap (5%)
Caj Pengurusan: 1.5% (NAV)
 
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan mengambil risiko yang tinggi.
 
Nota:
1. Minimum pelaburan yang dibenarkan adalah 10% dari jumlah keseluruhan dana. Dengan penambahan 1%.
2. Jumlah maksimum pelaburan yang dibenarkan adalah sehingga 100% dari jumlah keseluruhan dana.
3. Jumlah minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pertukaran dana.
4. Pertukaran dana adalah percuma dan tanpa had.
5. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
6. NAV merujuk kepada nilai unit keseluruhan dalam tempoh setahun.
 
Enricher
 
Enricher adalah penambahan caruman secara wajib yang ditetapkan oleh BNM bagi memastikan kestabilan pada dana yang dilanggani terutama apabila berlaku penurungan secara mendadak dalam prestasi sesebuah pelaburan.
 
Dana ini hanya akan digunakan bila perlu sahaja bagi menampung sebarang kekurangan unit bagi menampung kenaikan caruman.
 
Nisbah antara caruman asas dengan Enricher bergantung kepada umur, jumlah perlindungan dan terma sijil.
 
Manfaat Takaful
 
1. Manfaat Kematian
 
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil. Jumlah Perlindungan (Pampasan) atau Jumlah Simpanan (Account Value), yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Simpanan: RM 50,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 
Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 500,000.00. Ini kerana jumlah simpanan terkumpul jauh lebih rendah dari jumlah perlindungan yang diambil
 
Nota:
Sekiranya kematian berlaku kurang dari tempoh 2 tahun sijil aktif. Apa-apa pembayaran caruman yang bukan pelaburan (seperti caj) dan jumlah simpanan (account value) akan dibayar kepada waris.
 
2. Manfaat Penjagaan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
 
Sekiranya berlaku kecacatan kekal (HUMK) terhadap pemegang sijil mengikut tarikh pengesahan dari doktor yang merawat. Jumlah Perlindungan (Pampasan) atau Jumlah Simpanan (Account Value), yang mana lebih tinggi akan diserah kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Simpanan: RM 50,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
 
Aizat disahkan cacat kekal oleh doktor pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 500,000.00. Ini kerana jumlah simpanan terkumpul jauh lebih rendah dari jumlah perlindungan yang diambil
 
Nota:
Sekiranya kematian berlaku kurang dari tempoh 2 tahun sijil aktif. Apa-apa pembayaran caruman yang bukan pelaburan (seperti caj) dan jumlah simpanan (account value) akan dibayar kepada waris.
 
Manfaat Pengeluaran Separa
 
Kebenaran mengeluarkan sebahagian dari simpanan (Account Value) boleh dilakukan dengan syarat:
 
1. Minimum pengeluaran sebanyak RM 500
2. Baki simpanan tidak kurang dari RM 1,000
 
Tiada caj dikenakan bagi proses pengeluaran simpanan. Setiap pengeluaran akan mengurangkan Jumlah Perlindungan sedia ada. Jumlah Perlindungan terendah adalah sebanyak RM 5,000. Ini bermaksud pengeluaran tidak boleh dilakukan lagi selepas Jumlah Perlindungan berkurangan sehingga RM 5,000.
 
 
Perlindungan Fleksibel (Rider)
 
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
 
Manfaat Simpanan Flexi Takafulink (Takafulink Saving Flexi (TSF) Benefits)
 
1. Kematian & Cacat Kekal (HUMK)
 
Polisi Dalam Siasatan (Underwriting)
Sekiranya berlakunya kematian terhadap pemegang sijil sebelum polisi aktif (dalam siasatan). Jumlah Caruman yang dibayar untuk TSF ditolak dengan Pembayaran Tunai (Cash Payment) atau Jumlah Caruman yang dibayar untuk TSF (selepas dibatalkan), yang mana lebih tinggi akan dibayar kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Caruman TSF: RM 36,000.00
Jumlah Caruman TSF (Dibatalkan): RM 30,000 (Ketika meninggal)
Pembayaran Tunai (yang telah dikeluarkan sebelum itu): RM 10,000
Waris: Abu
 
Aizat meninggal dunia semasa polisi dalam siasatan (underwriting). Abu sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 30,000.00. Ini kerana jumlah caruman TSF setelah dibatalkan lebih tinggi dari jumlah caruman TSF selepas ditolak dengan pembayaran tunai.
 
Kurang 2 Tahun Sijil Aktif
Sekiranya berlakunya kematian terhadap pemegang sijil kurang dari 2 tahun. Jumlah Caruman yang dibayar untuk TSF ditolak dengan Pembayaran Tunai (Cash Payment) akan dibayar kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Caruman TSF: RM 36,000.00
Pembayaran Tunai (yang telah dikeluarkan sebelum itu): RM 10,000
Waris: Abu
 
Aizat meninggal dunia semasa polisi takaful aktif melebihi 2 tahun. Abu sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 26,000.00 setelah ditolak dengan Pembayaran Tunai yang diterima sebelum ini.
 
Selepas Tempoh 2 Tahun Sijil Aktif @ Meninggal Kerana Kemalangan
Sekiranya berlakunya kematian terhadap pemegang sijil sebelum polisi aktif (dalam siasatan). Jumlah Caruman yang dibayar untuk TSF ditolak dengan Pembayaran Tunai (Cash Payment) atau Jumlah Caruman TSF (selepas dibatalkan), yang mana lebih tinggi akan dibayar kepada waris.
 
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Caruman TSF: RM 36,000.00
Jumlah Caruman TSF (Dibatalkan): RM 30,000 (Ketika meninggal)
Pembayaran Tunai (yang telah dikeluarkan sebelum itu): RM 10,000
Waris: Abu
 
Aizat meninggal dunia semasa polisi takaful aktif melebihi 2 tahun. Abu sebagai waris akan memperolehi pampasan sebanyak RM 30,000.00. Ini kerana jumlah caruman TSF setelah dibatalkan lebih tinggi dari jumlah caruman TSF selepas ditolak dengan pembayaran tunai.
 
Nota:
Permohonan untuk menyertai polisi Hadiyyah Takafulink diberi jaminan pasti lulus dengan syarat rider Manfaat Simpanan Flexi Takafulink diambil bersekali. Terhad pada jumlah perlindungan sehingga RM 200,000.
 
2. Manfaat Pembayaran Tunai (Cash Payment)
 
Manfaat Pembayaran Tunai dikira berdasarkan peratusan caruman tahunan sijil, tidak termasuk caruman bagi Top up Contribution mengikut Tempoh Pembayaran serta Tempoh Matang Polisi.
 
Manfaat Pembayaran Tunai hanya diberi kepada pemegang polisi yang membuat pilihan untuk mendapatkan Manfaat Pembayaran Tunai (CP) dan Manfaat Matang. Manfaat Pembayaran Tunai tidak diberi sekiranya pemegang sijil memilih hanya terima Manfaat Matang sahaja. Pemilihan perlu dilakukan ketika membuat permohonan menyertai pelan Hadiyyah Takafulink dan tidak boleh ditukar dikemudian hari.
 
Jadual pembayaran seperti di bawah:
 

End Of Certification Year

Contribution Paying Term & Certification Term

8P25T

10P25T

15P25T

10P30T

15P30T

20P30T

1-2

0%

0%

0%

0%

0%

0%

3-5

5%

5%

5%

5%

5%

5%

6-10

5%

5%

5%

5%

5%

5%

11-15

20%

20%

5%

20%

5%

5%

16-20

25%

40%

25%

30%

30%

5%

21-25

50%

50%

125%

40%

75%

50%

26-30

 

 

 

50%

100%

100%

 
Nota:
1. 8P25T bermaksud pembayaran selama 8 tahun bagi polisi takaful yang memiliki tempoh matang selama 25 tahun.
2. Peratusan dikira dari Jumlah Caruman dalam tempoh setahun. Manfaat Pembayaran Tunai diberi 100% dari Jumlah Caruman tahunan dari tahun ke 26 sehingga 30 bagi pemegang polisi yang memilih pembayaran selama 20 untuk polisi 30 tahun. Sekiranya jumlah caruman sebanyak RM 3,600 setahun. Manfaat Pembayaran Tunai diberi sebanyak RM 3,600 pada setiap penghujung tahun.
 
3. Manfaat Matang (Maturity Benefit)
 
Manfaat Matang dikira berdasarkan peratusan caruman tahunan sijil, tidak termasuk caruman bagi Top up Contribution mengikut Tempoh Pembayaran serta Tempoh Matang Polisi.
 
Jadual pembayaran seperti di bawah:
 

Contribution Paying Term & Certification Term

Manfaat Kematangan

Dengan Pembayaran Tunai

Tanpa Pembayaran Tunai

8P25T

370%

900%

10P25T

450%

1,200%

15P25T

720%

1,600%

10P30T

460%

1,500%

15P30T

500%

2,000%

20P30T

1,200%

2,400%

Nota:
1. 8P25T bermaksud pembayaran selama 8 tahun bagi polisi takaful yang memiliki tempoh matang selama 25 tahun.
2. Pembayaran hanya diberi sekali sahaja selepas polisi matang.
2. Peratusan dikira dari Jumlah Caruman dalam tempoh setahun. Manfaat Matang sebanyak 2,400% dari Jumlah Caruman tahunan diberi sekiranya anda memilih untuk membayar selama 20 tahun bagi polisi 30 tahun. Sekiranya caruman sebanyak RM 3,600 setahun. Jumlah yang diperolehi adalah sebanyak RM 86,400 atau RM 43,200 sekiranya memilih bersekali dengan manfaat Pembayaran Tunai untuk setiap tahun
 
4. Manfaat Akikah @ Korban (Aqiqah @ Qurban Benefit)
 
10 peratus dari jumlah caruman tahunan yang dibayar tidak termasuk caruman bagi Top up Contribution akan diberi secara tunai bagi menjalankan ibadah korban atau akikah.
 
Manfaat ini boleh dituntut bermula tahun ke enam polisi aktif. Manfaat ini hanya layak dituntut selepas polisi aktif melebihi 5 tahun.
 
Manfaat ini terbatal dengan sendiri selepas tuntutan dibuat.   
 
5. Manfaat Khatam Quran (Quran Benefit)
 
10 peratus dari jumlah caruman tahunan yang dibayar tidak termasuk caruman bagi Top up Contribution akan diberi secara tunai bagi menjalankan ibadah korban atau akikah.
 
Manfaat ini boleh dituntut bermula tahun ke sebelas polisi aktif. Manfaat ini hanya layak dituntut selepas polisi aktif melebihi 10 tahun.
 
Manfaat ini terbatal dengan sendiri selepas tuntutan dibuat. 
 
Pengecualian Pembayaran Bagi Penyakit Kritikal
 
Sekiranya pemegang polisi disahkan menghidap salah satu dari 38 penyakit kritikal. Pemegang sijil akan terus menikmati perlindungan sedia ada sehingga polisi tamat (matang).
 
Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider pengecualian yang lain.
 
Pengecualian Pembayaran Bagi Penyakit Kritikal (Anak)
 
Sekiranya pembayar (ibubapa) disahkan menghidap salah satu dari 38 penyakit kritikal. Pemegang polisi (anak) akan terus menikmati perlindungan sedia ada sehingga polisi tamat (matang).
 
Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider pengecualian yang lain.
 
Pengecualian Pembayaran Bagi Penyakit Kritikal (Pasangan)
 
Sekiranya pembayar disahkan menghidap salah satu dari 38 penyakit kritikal. Pemegang polisi (pasangan) akan terus menikmati perlindungan sedia ada sehingga polisi tamat (matang).
 
Rider ini tidak boleh diambil bersekali dengan rider pengecualian yang lain.
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan