Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
MADANI
Pengenalan
Setiap ibu bapa ingin memastikan anak-anak mereka mempunyai permulaan yang terbaik dalam kehidupan dan kerjaya masa hadapan mereka. Tiada yang lebih baik daripada mengutamakan pendidikan mereka sebagai permulaan.
Walau bagaimanapun, kos pendidikan kini semakin mahal dan meningkat dengan cepat di seluruh dunia. Etiqa Madani merupakan pelan pendidikan takaful yang melindungi dan meringankan beban kos pendidikan.
Sumber: Madani
Ciri-Ciri Utama
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Warganegara Asing
Nota:
Terbuka kepada warganegara Brunei dan Singapura yang menetap di Malaysia (memiliki alamat rumah yang sah di Malaysia).
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
11 tahun sehingga 15 tahun
Nota:
Bergantung pada persetujuan ibubapa atau penjaga sah
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
Anak
14 hari sehingga 15 tahun
Pembayar:
Ibubapa (Suami @ Isteri)
17 tahun dan ke atas
Tempoh Matang
15 tahun, 21 tahun atau 25 tahun
Nota:
Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 5 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 15 tahun. Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 10 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 21 tahun. Maksimum umur kemasukan dalam polisi ini adalah berumur 15 tahun bagi tempoh matang sehingga berumur 25 tahun.
Jumlah Yang Dilindungi
(Kenaikan Setiap RM 1,000.00)
Minimum: RM 15,000.00
Maksimum: Tiada had (Bergantung pada polisi ‘Underwriting’)
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
.
Manfaat Utama
Manfaat Kematian
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
Aisyah meninggal pada tahun ketiga (36 bulan) polisi aktif. Malik sebagai pembayar dan waris akan memperolehi RM 16,000 sebagai pampasan.
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan)
Pekara | Pulangan (RM) |
Jumlah Perlindungan | 15,000.00 |
Lebihan Pelaburan | 1,000.00 |
JUMLAH | 16,000.00 |
Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Caruman |
3,600.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
4,600.00 |
Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja untuk memudahkan kefahaman.
Kematian Akibat Bunuh Diri
Status |
Kurang
1 Tahun |
Selepas
1 Tahun |
Tidak Gila |
Pemulangan
keseluruhan Jumlah Caruman yang telah dibuat |
Kaedah 1 @ Kaedah
2 yang mana lebih
tinggi |
Gila |
Kaedah 1 @ Kaedah
2 yang mana lebih
tinggi |
Kaedah 1 @ Kaedah
2 yang mana lebih
tinggi |
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlakunya kecacatan kekal terhadap pemegang sijil sebelum tarikh matang polisi. Jumlah Pampasan atau Jumlah Caruman (yang mana lebih tinggi) berserta dengan Lebihan Pelaburan akan dibayar terus kepada waris sekaligus.
Contoh:
Ayah: Malik bin Abu (Pembayar)
Anak: Aisyah bin Kamaruddin (Pemegang Polisi)
Tarikh Matang: 15 tahun (umur anak)
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Bulanan: RM 100
Aisyah menghadapi kecacatan kekal pada tahun ketiga (36 bulan) polisi aktif. Malik sebagai pembayar dan waris akan memperolehi RM 15,000 sebagai pampasan.
Kaedah 1: (Jumlah Perlindungan + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Perlindungan |
15,000.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
16,000.00 |
Kaedah 2: (Jumlah Caruman + Manfaat Tunai Pendidikan + Manfaat Perayaan + Lebihan Pelaburan)
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Caruman |
3,600.00 |
Lebihan Pelaburan |
1,000.00 |
JUMLAH |
4,600.00 |
1. Jumlah pampasan yang diterima berdasarkan jumlah tertinggi antara dua kaedah perkiraan seperti yang ditunjuk di atas. Kiraan yang ditunjuk adalah sebagai contoh sahaja (tidak tepat) untuk memudahkan kefahaman.
2. Manfaat Tunai Pendidikan & Manfaat Tunai Perayaan hanya dibayar bersekali sekiranya masih belum menerima sewaktu hidup.
3. Had maksimum pembayaran bagi HUMK adalah sebanyak RM 2 juta sahaja untuk semua polisi.
4. Tertakluk pada polisi ‘Juvenile Lien’.
Manfaat Tunai Pendidikan (Education Cash Benefit)
Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai Pendidikan pada dua tahun terakhir sebelum polisi matang. Jumlah yang diperolehi adalah sebanyak 10 peratus dari Jumlah Perlindungan terkini.
Tarikh
Matang (Usia
Peserta) |
Pembayaran
Pada Penghujung
Tahun Sijil |
Jumlah Peratusan Yang Diterima Berdasarkan Jumlah Perlindungan |
15 tahun |
12 & 13 |
10 % |
21 tahun |
19 & 20 |
10 % |
25 tahun |
23 & 24 |
10 % |
Nota:
1. Jumlah yang diperolehi bagi Manfaat Tunai Pendidikan adalah bergantung kepada Jumlah Perlindungan yang terkini (sekiranya berlakunya peningkatan atau pengurangan pada jumlah perlindungan sedia ada).
2. Manfaat ini hanya dibayar sekiranya polisi masih lagi aktif. Manfaat ini akan terbatal sekiranya pemegang polisi meninggal dunia atau cacat kekal (HUMK).
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 20,000
Tempah Matang: 21 tahun
Manfaat Tunai Pendidikan: Dibayar pada usia 19 tahun dan 20 tahun sebanyak 10% dari Jumlah Perlindungan yang diambil
Pengiraan:
Pemegang Polisi ketika berusia 19 tahun (hari lahir seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000
Pemegang Polisi ketika berusia 20 tahun (hari lahir seterusnya):
RM 20,000 x 10% = RM 2,000
Jumlah Keseluruhan: RM 4,000
Manfaat Tunai Meraikan (Education Celebration Benefit)
Pemegang polisi akan menerima Manfaat Tunai Meraikan sebanyak RM 500 selepas menamatkan pembelajaran di peringkat rendah atau seangkatan dengannya. Dengan syarat polisi perlu aktif melebihi 2 tahun dan caruman telah dibayar sepenuhnya (tiada tunggakan).
Pemegang polisi perlulah membuat tuntutan dengan mengemukakan dokumen seperti siji tamat sekolah sebagai bukti. Manfaat Tunai Meraikan akan dibayar selepas polisi matang sekiranya tuntutan tidak dibuat sepanjang tempoh aktif polisi.
Manfaat Kematangan
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. 130 % dari Jumlah Perlindungan serta Jumlah Pelaburan (PIF) akan diserahkan pada pemegang polisi. Jumlah Perlindungan yang diterima adalah terkini (sekiranya berlakukan kenaikan atau pengurangan perlindungan sepanjang tempoh aktif).
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 15,000
Tempah Matang: 21 tahun
Jumlah Perlaburan: RM 21,676 (Anggaran)
Jumlah Keseluruhan: RM 19,500 (130%) + RM 21,676 = RM 41,176
Nota:
1. Jumlah yang diperolehi hanyalah sebagai anggaran sahaja. Bergantung pada prestasi tabung pelaburan.
2. Jumlah yang diperolehi ini tidak termasuk Manfaat Tunai Meraikan (RM 500) serta Manfaat Tunai Pendidikan (20% dari Jumlah Perlindungan).
Manfaat Pengeluar Separa
Pengeluaran sebahagian dari simpanan hanya boleh dilakukan berdasarkan syarat seperti berikut:
1. Minimum pengeluaran sebanyak RM 50
2. Baki simpanan minimum RM 50
3. Maksimum pengeluaran sebanyak 80% dari jumlah simpanan terkini
4. Pengeluaran dibenarkan dibuat sekali dalam tempoh setahun
5. Pengeluaran perlukan berdasarkan keperluan pemegang polisi sahaja
Perlindungan Fleksibel
Manfaat Rider
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
Berikut adalah pilihan Rider yang ada:
1. Rider Kad Perubatan (Takaful Medical Plus)
Entri Berkaitan:
Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)
2. Rider Penyakit Kritikal (39 Penyakit Kritikal)
Entri Berkaitan:
Senarai Penyakit Kritikal Yang Dilindungi Oleh Etiqa
3. Rider Manfaat Tunai Hospital
4. Rider Tambah Nilai Tetap
5. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Penyakit Kritikal
6. Rider Pengecualian Sumbangan bagi Kematian & Cacat Kekal
Entri Berkaitan:
Takaful Rider @ Etiqa
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan