Sabtu, 25 Jun 2022

4 Cara Kongsikan Pautan Peribadi Di PG Mall

4 Cara Kongsikan Pautan Peribadi Di PG Mall

Tahukah Anda?
 
PG Mall mengamalkan konsep Consumerchant iaitu satu konsep perkongsian keuntungan antara Peniaga, PG Mall (Pengendali) serta Pelanggan.
 
Peniaga mendapat untung melalui hasil jualan produk. Pelanggan mendapat untung melalui pulangan tunai (cash back) dari PG Mall atas belian sendiri atau orang lain yang berdaftar di bawah rangkaian pelanggan itu sendiri. PG Mall selaku pengendali dapat untung melalui caj jualan yang dikenakan ke atas peniaga.
 
Contohnya:
Peniaga berjaya menjual satu produk di PG Mall dengan keuntungan kasar 10% dari harga kos. PG Mall mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 5% dari harga jualan tersebut. Pelanggan yang membeli produk dari peniaga tersebut akan mendapat pulangan tunai sebanyak 0.5% dari harga jualan.

Perkiraannya:
 
Produk
Harga Produk (Kos): RM 10.00
Kadar Keuntungan (10%): RM 1.00
Harga Produk (Jualan): RM 11.00
 
PG Mall
Caj Perkhidmatan (5%): RM 0.55
 
Pelanggan
Pulangan Tunai (0.5%): RM 0.06
 
Peniaga
Keuntungan Bersih: RM 0.45
 
Nota:
Kadar keuntungan di tentukan oleh peniaga tersebut. Digalakkan hanya menjual produk yang memberi keuntungan sekurang-kuranya 10% dari harga kos. Caj perkhidmatan yang dikenakan PG Mall adalah tetap kecuali sesetengah kategori produk. Kadar pulangan tunai yang diterima oleh pelanggan adalah bergantung kepada status dari 0.5% sehingga 2%.
 
Mudahkan hendak faham konsep yang digunakan dalam PG Mall. Berbalik kepada tujuan asal entri ini ditulis. Entri kali ini saya ingin kongsikan bagaimana cara mendaftar pelanggan baru di PG Mall.
 
Terdapat 4 cara untuk memastikan bakal pelanggan tersebut berdaftar di bawah rangkaian kita iaitu:
 
1. Kongsikan Pautan Peribadi
2. Kongsikan Pautan Peribadi Pada Produk
3. Kongsikan Pautan Peribadi Pada Kedai
4. Jadi Pelanggan Public Gold
 
Nota:
Pastikan anda log masuk ke akaun sendiri terlebih dahulu sebelum kongsi pautan peribadi (Referral Link) kepada bakal pelanggan.
 
 
Kaedah 1: Kongsikan Pautan Peribadi
 
Setiap pelanggan berdaftar di PG Mall memiliki pautan peribadi yang tersendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah salin dan serahkan pautan tersebut kepada bakal pelanggan. Pautan Peribadi ini boleh di perolehi di bahagian My Profile. Anda juga boleh berkongsikan pautan tersebut melalui media sosial yang ada.
 
Pautan Peribadi Saya (Contoh):
(https://pgmall.my/register?referralPgCode=mdfaiez04@yahoo.com)

Cara Kongsi Pautan Peribadi


Kaedah 2: Kongsikan Pautan Peribadi Pada Produk
 
Setiap produk yang dijual di PG Mall memiliki pautan yang tersendiri. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mencari produk yang ingin dikongsi. Kemudian kongsi pautan tersebut kepada bakal pelanggan.
 
Bakal pelanggan yang tertarik dengan produk yang dikongsikan itu akan daftar dan terus membeli. Hanya pastikan produk yang dikongsikan itu memiliki tarikan tersendiri seperti diskaun yang menarik, barang keperluan asas dan sebagainya.  

Cara Kongsi Pautan Kedai

Kaedah 3: Kongsikan Pautan Peribadi Pada Kedai
 
Anda juga boleh kongsikan Kedai (Store) yang ada di PG Mall. Tidak semestikan hanya fokus pada produk semata-mata. Kaedah ini sesuai bagi kedai yang memiliki jenama yang dikenali seperti Mydin, Nestle dan sebagainya. Ada pelanggan memilih jenama ketika membeli produk.

Cara Kongsi Pautan Produk

Kaedah 4: Jadi Pelanggan Public Gold

Setiap pelanggan Public Gold secara automatik memiliki akaun di PG Mall. Apa yang anda perlu lakukan hanya mengajar pelanggan membeli di PG Mall. Hanya masukkan PG Kod serta kata laluan (sama ketika mendaftar akaun di Public Gold). Salah satu cara mudah adalah dengan mengalakkan pelanggan membeli buku bacaan tentang emas di PG Mall selepas membeli emas.
 
 
Dengan PG Mall, semua orang boleh memiliki pusat membeli-belah sendiri (maya) secara percuma.
 
Entri Berkaitan:
3 Langkah Mudah Membuat Duit Dengan PG Mall
 
Yang menulis,
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan