1. Mati Itu Pasti
Bukan semua orang direzekikan hidup lebih dari umur 60 tahun (umur persaraan). Ramai orang yang kita kenali meninggal dunia sebelum berumur 60 tahun.
Ini termasuk ahli keluarga, sahabat, kenalan serta orang asing. Tiada orang boleh beri jaminan akan hidup lebih dari 60 tahun.
Termasuklah para jutawan, raja atau sultan dan sebagainya. Kerana sesungguhnya kematian itu rahsia yang disembunyikan oleh tuhan yang Esa. Tiada siapa hidup kekal abadi didunia ini kan.
2. Sentiasa Membantu Orang Dalam Kesusahan
Konsep takaful adalah saling bantu membantu antara peserta. Ini bermaksud setiap peserta akan memberi sumbangan kepada peserta lain yang ditimpa kecelakaan.
Tertakluk pada terma dan syarat yang dipersetujui (mengikut polisi yang diambil). Segala urusan dilakukan oleh pengendali takaful sebagai orang tengah.
3. Sentiasa Ada Orang Membantu Kita Semasa Dalam Kesusahan
Bantuan diberi dalam bentuk wang atau bil perubatan ditanggung oleh peserta lain yang diuruskan oleh pengendali takaful. Bergantung kepada jenis perlindungan yang diambil.
Ini memberi jaminan kepada kita sebagai peserta akan sentiasa dibantu sepanjang masa (tidak kira masa). Selagi polisi yang diambil masih aktif serta mengikut syarat seperti ditetapkan.
Ini memberi ketenangan minda.
4. Jaminan Dana Pendidikan Anak-Anak
Menyediakan dana pendidikan anak-anak tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Tidak kira sama ada umur kita panjang atau tidak.
Sekiranya umur panjang, sebahagian caruman yang telah dibayar sepanjang tempoh polisi akan dikembalikan dalam bentuk simpanan (cash value) termasuk dividen (sekiranya ada).
Sekiranya umur tidak panjang, peserta lain akan membantu menanggung (menggantikan tempat kita) mencarum dalam takaful sehingga tarikh matang. Segala simpanan yang ada termasuk dividen akan diserahkan kepada waris.
Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang MADANI @ Etiqa
5. Jaminan Dana Persaraan Untuk Diri Atau Waris
Menyediakan dana pendidikan persaraan untuk diri atau waris tidak kira dalam apa keadaan sekali pun.
Sekiranya umur panjang, sebahagian caruman yang telah dibayar sepanjang tempoh polisi akan dikembalikan kepada kita dalam bentuk simpanan (cash value) termasuk dividen (sekiranya ada). Tidak termasuk bonus yang diperolehi (sekiranya ada). Bergantung kepada polisi yang diambil. Jumlah duit yang diperolehi boleh dijadikan sebagai dana persaraan waktu tua nanti.
Sekiranya umur tidak panjang, Segala simpanan yang ada termasuk dividen akan diserahkan kepada waris termasuk pampasan. Jumlah duit yang diperolehi boleh dijadikan sebagai dana persaraan kepada waris yang ditinggalkan.
Menguruskan risiko sambil mencapai impian bersama Takaful. Takaful bukan segala-galanya tetapi perkara pertama yang wajib dimiliki selain dari Dana Kecemasan.
Jangan Bercerita
Tentang Pelaburan Sekiranya Tiada Simpanan. Jangan Bercerita Tentang
Simpanan Sebelum Memiliki Takaful.
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan