1. Baca
Terma & Syarat Polisi Takaful
Perkara pertama yang perlu anda lakukan setelah menerima buku polisi sijil takaful adalah dengan membaca secara terperinci segala syarat dan terma yang ada.
Supaya anda jelas dengan hak sebagai pemegang polisi takaful. Tanya kepada ejen anda segala pekara yang tidak difahami supaya tidak berlaku salah faham dikemudian hari.
Ketahui hak anda. Ini tanggungjawab anda.
Salah satu cara bagi memastikan polisi takaful sentiasa aktif adalah dengan memastikan pembayaran caruman dibuat tanpa gagal.
Pilih kaedah pembayaran automatik (berterusan) seperti auto debit atau kad kredit supaya tidak terlepas mencarum setiap bulan.
Pilih kekerapan pembayaran yang lebih panjang seperti bayar setahun terus. Tak mampu, bayar setiap 6 bulan sekali. Tak mampu juga, bayar setiap suku tahun.
Pilih kaedah yang memudahkan urusan. Polisi anda, tanggungjawab anda.
Kita ambil polisi takaful bukan semata-mata untuk
diri tetapi untuk keluarga tersayang sebagai waris kita. Maklum kepada mereka segala pekara yang wajib
diketahui seperti jenis polisi yang diambil, cara menuntut pampasan takaful dan
sebagainya.
Jangan biarkan waris anda terkapai-kapai hilang arah setelah ketiadaan anda. Ibarat seperti tiada takaful sekiranya waris tak tahu kita ada takaful.
Kesilapan Kewangan (Insurans)
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan