Selasa, 6 Disember 2022

Pembatalan Polisi Takaful

Pembatalan Polisi Takaful

Pembatalan polisi takaful bermaksud segala perlindungan yang dijanjikan terluput dengan sendiri. Ini bererti diri atau waris tidak lagi mendapat pampasan seperti yang dijanjikan mengikut produk yang dilanggani.
 
Berikut saya kongsikan sebab sesebuah polisi takaful itu terbatal.
 
 
1. Caruman Tidak Dibayar
 
Pembayaran secara tetap mengikut tarikh yang ditentukan adalah penting bagi memastikan sesebuah polisi sentiasa aktif. Sesebuah polisi tidak lagi dikira aktif sekiranya pencarum gagal membuat pembayaran selama tiga bulan berturut-turut. Segala perlindungan akan terhenti serta-merta. Sebarang tuntutan tidak boleh dilakukan semasa polisi tidak aktif.
 
Polisi akan kembali aktif sekiranya pencarum melunaskan semua pembayaran tertunggak yang ada sebelum membuat permohonan secara rasmi kepada pengendali takaful.
 
Polisi akan terbatal dengan sendiri sekiranya pencarum tidak membuat sebarang pembayaran melebihi setahun. Segala simpanan (cash back) akan dipulangkan kepada pencarum sekiranya ada.

 
2. Permohonan Pembatalan Oleh Pemegang Polisi
 
Pencarum (pemilik polisi) boleh membatalkan polisi pada bila-bila masa selagi polisi tersebut tidak mencapai tarikh matang (masih aktif).
 
Pengendali takaful akan memulangkan segala caruman yang telah dibayar sekiranya pembatalan dibuat dalam tempoh 15 hari dari tarikh serahan buku sijil (Free Look Period). Bagi polisi yang dibatalkan melebihi dari tempoh yang ditetapkan. Segala simpanan semasa (cash value) akan dipulangkan sekiranya ada.
 
Terhad kepada polisi takaful yang ada simpanan sahaja.
 
 
3. Tuntutan Pampasan Telah Di Bayar Sepenuhnya
 
Sesebuah polisi takaful akan terbatal dengan sendiri selepas semua pampasan yang dijanjikan diterima sepenuhnya oleh pemegang sijil atau waris yang didaftar.
 
Bergantung dengan syarat dan terma yang ada dalam produk takaful tersebut. Segala simpanan (cash value) yang ada dipulangkan sekali bersama jumlah pampasan yang layak diterima. Sekiranya polisi takaful tersebut ada simpanan.
Kira tutup terus kes.
 
 
4. Polisi Mencapai Tarikh Matang
 
Semua polisi takaful memiliki tarikh matangnya yang tersendiri. Bergantung kepada produk takaful yang diambil. Tarikh matang bermaksud sesebuah polisi tersebut hanya memberi jaminan perlindungan (pampasan) kepada diri atau waris sehingga mencapai tarikh tertentu.
 
Sekarang ini amat jarang untuk melihat polisi yang tiada tarikh matang. Produk takaful yang membuatkan pemegang polisi membayar caruman sehingga hujung usia. Paling lama pun sehingga umur 100 tahun. Polisi ini boleh dianggap sebagai caruman sehingga hujung usia disebabkan amat jarang manusia boleh hidup selama itu. Biasanya produk takaful ini melibatkan pelaburan (unit trust).
 
Beginilah sebab sesebuah polisi takaful itu terbatal atau dibatalkan.
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan