Kemaskini pada
04/03/2024
Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan ElitePlus Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan ElitePlus Takafulink atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
ELITEPLUS TAKAFULINK
Pengenalan
Banyak detik-detik indah dalam kehidupan, namun saat duka juga akan ditempuhi. Etiqa ElitePlus Takafulink adalah pelan takaful berkaitan pelaburan yang menyediakan perlindungan komprehensif untuk anda.
Ciri-Ciri Utama
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia
Bukan Warganegara Malaysia*
Nota:
Tertakluk kepada syarat dan peraturan khas untuk bukan warganegara Malaysia. Warganegara dari USA dan Kanada tidak layak menyertai pelan ini.
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
17 Tahun sehingga 65 Tahun
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
14 hari sehingga 65 tahun
Pembayar
17 Tahun ke atas
Tempoh Matang
68 tahun, 78 tahun, 88 tahun & 100 tahun (Minimum 20 tahun)
Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 500,000.00
Nota:
Pengecualian ujian kesihatan bagi perlindungan sehingga RM 4,000,000 mengikut umur semasa menyertai polisi ini.
Umur
(Tahun) |
Perlindungan
(RM) |
17
sehingga 51 |
4,000,000 |
51
sehingga 60 |
3,000,000 |
61
sehingga 70 |
1,000,000 |
Jumlah Caruman:
Serendah RM 100 sebulan atau RM 1,200 setahun (Tidak Termasuk Enrich)
Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
Tempoh Pembayaran
Sehingga berumur 68, 78, 88, atau 100 tahun
Manfaat Utama
Manfaat Pelaburan
Setiap caruman yang dibuat akan ditukarkan ke dalam unit untuk dilaburkan. Harga bagi setiap unit berbeza bergantung kepada harga semasa. Pemegang polisi boleh memilih untuk melabur dari 3 dana pelaburan yang ada bergantung pada tahap risiko yang diingini.
Berikut adalah Dana Pelaburan yang ada:
1. Dana Pendapatan Prima Takaful
Tahap Risiko: 2 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (56%), Deposit Tetap (5%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (39%)
Caj Pengurusan: 1.0% (NAV)
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang baik dengan risiko yang rendah.
2. Dana Syariah Seimbang
Tahap Risiko: 3 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Deposit Tetap (18%) & Sekuriti Pendapatan Tetap (82%)
Caj Pengurusan: 1.2% (NAV)
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih dengan risiko yang seimbang.
3. Dana Ekuiti Prima Takaful
Tahap Risiko: 5 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Ekuiti (95%) & Deposit Tetap (5%)
Caj Pengurusan: 1.5% (NAV)
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan mengambil risiko yang tinggi.
4. Dana Syariah Indeks Ekuiti Global
Tahap Risiko: 5 (Risiko Rendah 1-5 Risiko Tinggi)
Pecahan Pelaburan: Syariah Indeks Ekuiti Global (95%) & Deposit Tetap (5%)
Caj Pengurusan: 1.0% (NAV)
Dana ini sesuai bagi pelabur yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih baik dengan mengambil risiko yang tinggi.
Nota:
1. Minimum pelaburan yang dibenarkan adalah 10% dari jumlah keseluruhan dana. Dengan penambahan 1%.
2. Jumlah maksimum pelaburan yang dibenarkan adalah sehingga 100% dari jumlah keseluruhan dana.
3. Jumlah minimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM 500 bagi setiap pertukaran dana.
4. Pertukaran dana adalah percuma dan tanpa had.
5. Tertakluk kepada terma dan syarat semasa.
6. NAV merujuk kepada nilai unit keseluruhan dalam tempoh setahun.
Enricher
Enricher adalah penambahan caruman secara wajib yang ditetapkan oleh BNM bagi memastikan kestabilan pada dana yang dilanggani terutama apabila berlaku penurungan secara mendadak dalam prestasi sesebuah pelaburan.
Dana ini hanya akan digunakan bila perlu sahaja bagi menampung sebarang kekurangan unit bagi menampung kenaikan caruman.
Nisbah antara caruman asas dengan Enricher bergantung kepada umur, jumlah perlindungan dan terma sijil.
Kemudahan Penambahan Caruman (Top-Up Facility)
Pemegang polisi boleh membuat penambahan caruman pada bila-bila masa yang dikehendaki. Terdapat dua jenis penambahan caruman yang boleh dilakukan iaitu Secara Tetap (Regular) atau Secara Tdak Tetap (Ad Hoc).
1. Secara Tetap (Regular)
Pembayaran adalah serendah RM 120 setahun (RM 10 sebulan). Peningkatan pembayaran adalah dalam gandaan RM 10. Tarikh tamat mestilah sama dengan Tarikh matang dalam polisi asal. Pembayaran secara tetap akan terbatal dengan sendiri saat perlindungan tambahan pengecualian pembayaran aktif (Waiver Riders).
2. Secara Tdak Tetap (Ad Hoc)
Pembayaran adalah serendah RM 500 untuk sekali bayar. Pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki selagi polisi aktif.
Manfaat Takaful
1. Kematian (Death Benefit)
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil atas faktor semulajadi. Jumlah Perlindungan (Pampasan) serta Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) akan diserah kepada waris.
Contoh:
Nama: Aizat
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika meninggal)
Waris: Zulkifli
Aizat meninggal dunia pada tahun kelima polisi berjalan. Zulkifli sebagai waris akan memperolehi:
Pekara |
Pulangan (RM) |
Jumlah Pemberian Tunai |
500,000.00 |
Baki Unit (Account Value) |
30,000.00 |
Manfaat Penyayang |
3,000.00 |
JUMLAH |
533,000.00 |
Nota:
1. Sekiranya pemegang polisi membunuh diri ketika waras dalam tempoh 1 tahun polisi aktif. Pemulangan semua caruman serta simpanan (sekiranya ada) kepada waris berdaftar.
2. Sekiranya pemegang polisi membunuh diri sama ada ketika waras atau tidak selepas setahun polisi aktif. Jumlah perlindungan serta simpanan (sekiranya ada) akan diberi kepada waris berdaftar.
2. Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlaku kecacatan kekal (HUMK) terhadap pemegang sijil sebelum berusia 69 tahun. Jumlah Perlindungan (Pampasan) serta Jumlah Simpanan (Unit Yang Ada) akan diserah kepada waris.
Contoh:
Nama: Ali
Jumlah Perlindungan: RM 500,000.00
Jumlah Unit: RM 30,000 (Ketika disahkan cacat kekal)
Waris: Abu
Ali disahkan cacat kekal dalam tempoh 5 tahun dari polisi aktif. Ali memperolehi pampasan sebanyak:
Pekara |
Pulangan (RM) |
Pampasan |
500,000.00 |
Baki Unit (Account Value) |
30,000.00 |
Manfaat Penyayang |
3,000.00 |
JUMLAH |
533,000.00 |
Nota:
1. Had pampasan sehingga RM 2,000,000 untuk setiap individu (merujuk kepada semua polisi yang ada dengan semua pengendali takaful yang ada).
2. Sekiranya jumlah pampasan kurang dari 2 juta ketika pemegang sijil mengalami kecacatan kekal sebelum berumur 69 tahun. Keseluruhan pampasan akan dibayar. Polisi akan tetap aktif.
3. Sekiranya jumlah pampasan melebihi 2 juta ketika pemegang sijil mengalami kecacatan kekal sebelum berumur 69 tahun. 2 juta akan dibayar dan jumlah perlindungan dikurangkan. Polisi akan tetap aktif.
3. Manfaat Penyayang (Compassionate Benefit)
Waris akan menerima manfaat penyayang berjumlah RM 3,000.00 sekiranya pencarum meninggal dunia (sakit atau kemalangan) atau lumpuh kekal (HUMK) ketika sijil masih aktif. Pampasan diberi sekali bagi satu polisi.
Manfaat Kesetiaan (Loyalty Bonus)
Pemegang sijil akan mendapat bonus sebanyak 0.1% dari jumlah perlindungan bermula awal tahun ke tujuh dan akan terus menerima setiap dua tahun sehingga tahun ke 21. Bonus sebanyak 0.35% dari jumlah perlindungan bermula tahun ke 23 dan akan terus menerima setiap dua tahun sehingga polisi matang.
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 100,000
Tahun 7 sehingga 21: RM 100
Tahun 23 sehingga matang: RM 300
Nota:
1. Manfaat Kesetian hanya akan diperolehi sekiranya polisi masih aktif dan tiada tunggakan pembayaran.
2. Pembayaran akan terus dimasukkan dalam simpanan semasa (Account Value).
3. Jumlah bonus yang diperolehi akan berubah mengikut jumlah perlindungan terkini sekiranya terdapat perubahan.
Manfaat Matang (Maturity Benefit)
Pemegang polisi akan menerima jumlah simpanan semasa (Account Value) selepas polisi mencapai Tarikh matang (polisi tamat). Pembayaran akan dibuat serentak.
Manfaat Pengeluaran Separa
Minimum baki dalam akaun simpanan (cash value) selepas pengeluaran adalah RM 5,000. Minimum pengeluaran adalah sebanyak RM 500. Tiada caj pengeluaran dikenakan.
Manfaat Matang
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh polisi. Jumlah unit yang ada dijual dan dipulangan kepada pemegang sijil dalam bentuk tunai.
Perlindungan Fleksibel (Rider)
Pemegang sijil boleh membuat bayaran tambahan (bayaran hangus) ke atas simpanan bulanan bagi mendapatkan perlindungan dengan pilihan Rider.
1. Takafulink Junior Star Critical Illness
Pemegang polisi akan mendapat perlindungan dari 15 jenis penyakit kritikal (Critical Illness). Pampasan akan dibayar serentak kepada pemegang polisi.
Perlindungan tambahan ini hanya boleh diambil sehingga berumur 17 tahun sahaja. Pemegang polisi akan mendapat perlindungan 39 jenis penyakit kritikal selepas berumur 17 tahun.
Perlindungan tambahan ini tidak akan dikenakan tindakan lanjut (underwriting) dan pasti lulus.
Entri Berkaitan:
2. Takafulink Accelerated Critical Illness
Pemegang polisi akan mendapat perlindungan dari 39 jenis penyakit kritikal (Critical Illness). Pampasan akan dibayar serentak kepada pemegang polisi sekiranya menghidap penyakit kritikal buat kali pertama. Sebarang pampasan yang diterima akan mengurangkan jumlah perlindungan bagi kematian dan cacat kekal.
Waktu menunggu bagi perlindungan ini adalah selama 30 hari dan 60 hari bagi Cancer, Coronary Heart Disease Requiring Surgery, Heart Attack dan Other Serious Coronary Artery Disease.
Pemegang polisi hanya menerima 10% dari jumlah pampasan untuk penyakit kritikal sekiranya disahkan menghidap salah satu penyakit kritikal yang melibatkan Incident Of Angioplasty dan rawatan lain bagi Coronary Artery Disease.
Perlindungan tambahan ini hanya boleh dituntut sekali bagi satu polisi. Perlindungan ini hanya boleh diambil sehingga berumur 65 tahun. Jumlah perlindungan yang boleh diambil adalah dari RM 10,000 sehingga RM 1,000,000.00.
3. Takafulink Accidental Benefit
Pemegang polisi akan menerima pampasan (mengikut peratusan) sekiranya kehilangan sebahagian anggota badan atau meninggal. Pampasan sebanyak 5% atau RM 5,000 (yang mana lebih tinggi) dari jumlah pampasan sekiranya berlaku kematian secara semulajadi.
Waris akan menerima pampasan tambahan sebanyak 100% sekiranya pemegang polisi meninggal dunia akibat kemalangan ketika:
1. Menaiki pengangkutan awam seperti teksi, bus dan sebagainya.
2. Menaiki lif atau kereta kabel yang mendapat kelulusan untuk membawa penumpang.
3. Terbakar ketika berada di tempat awam seperti hotel, pusat membeli-belah dan sebagainya.
Pemegang polisi juga akan menerima pampasan tambahan sebanyak RM 150 selepas kemalangan bagi menampung kos peralatan bantuan seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya sekiranya masih hidup selepas kemalangan.
Maksimum perlindungan sehingga umur 65 tahun. Jumlah pampasan dari RM 10,000 sehingga RM 1,000,000 atau 5 kali dari jumlah perlindungan (yang mana lebih rendah).
4. Takafulink Accidental Indemnity Benefit
Pemegang polisi akan menerima elaun hospital sekiranya dimasukkan di wad akibat kemalangan. Had maksimum sehingga 25 minggu. Pembayaran sebanyak RM 0.85 bagi setiap jumlah perlindungan sebanyak RM 1,000. Kemasukkan ke wad hospital perlu dilakukan dalam tempoh 36 jam selepas kemalangan. Tempoh masa duduk dalam wad perlulah melebihi 6 jam.
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 100,000
Tempoh Masa: 6 Hari
Jumlah Elaun: 100,000/ 1000 X 0.85 X 6 = RM 510
Pemegang polisi akan menerima elaun kecacatan sementara (Partially Disabled) akibat kemalangan. Had maksimum sehingga 52 minggu. Pembayaran sebanyak RM 0.35 bagi setiap jumlah perlindungan sebanyak RM 1,000. Jumlah maksimum yang boleh dituntut adalah sebanyak RM 1,000 dalam tempoh seminggu. Pemegang polisi wajib menerima cuti sakit (Medical Leave) sekurang-kurangnya 3 hari.
Contoh:
Jumlah Perlindungan: RM 100,000
Tempoh Masa: 3 Hari
Jumlah Elaun: 100,000/ 1000 X 0.35 X 3 = RM 105
Maksimum perlindungan sehingga umur 65 tahun. Jumlah pampasan dari RM 10,000 sehingga RM 1,000,000 atau 5 kali dari jumlah perlindungan (yang mana lebih rendah).
5. Takafulink Hospital Cash Benefit
Pemegang polisi akan menerima elaun hospital mengikut jenis plan dan wad. Tempoh masa perlindungan adalah sehingga umur 70 tahun atau sehingga polisi tamat (yang masa sampai dulu).
Manfaat
(Ikut Keadaan) |
Plan
1 (RM) |
Plan
2 (RM) |
Plan
3 (RM) |
Plan
4 (RM) |
Plan
5 (RM) |
Wad
Biasa (sehingga 180 hari) |
50 |
100 |
150 |
200 |
400 |
ICU/
NICU/ CCU (sehingga 20 hari) |
100 |
200 |
300 |
400 |
800 |
Hospital
Luar Negara (sehingga 30 hari) |
50 |
100 |
150 |
200 |
400 |
Hospital
Sebab Penyakit Berkaitan Kandungan (sehingga 3 hari) |
50 |
100 |
150 |
200 |
400 |
Terhad sehingga 365 hari sahaja bagi jumlah hari manfaat yang diperolehi tidak kira keadaan.
6. Takafulink Medical Plus
Berikut adalah manfaat yang ada dalam kad perubatan sekiranya diambil sekali dengan polisi ini. Jumlah perlindungan yang diperolehi adalah jauh lebih tinggi dari kad perubatan Etiqa sedia ada.
Pemegang polisi boleh memilih untuk membuat pembayaran sendiri (self-covered deductible) mengikut jumlah yang berbeza. Pilihan ini hanya dibuka bagi pemegang polisi yang berusia di bawah 60 tahun. Pembayaran sendiri bermaksud pihak syarikat akan menanggung sebahagian dari kos rawatan mengikut had yang ditetapkan. Bakinya akan dibayar oleh Etiqa sekiranya kos rawatan melebihi jumlah yang ditetapkan.
Tempoh menunggu adalah selama 30 hari dari tarikh polisi tambahan ini aktif dan 120 hari bagi penyakit khas seperti Hypertension, Diabetes Mellitus, Cardiovascular Disease, Tumors, Cancers, Cysts, Codules, Polyps, Batu Karang, Biliary System, semua panyakit yang melibatkan Telinga, Hidung (termasuk Sinuses) dan Tekak, Hernias, Hemorrhoids, Fistulae, Hydrocele, Varicocele, Endometriosis termasuk penyakit yang melibatkan Sistem Pernafasan atau Vertebro-spinal Disorders (termasuk disc) dan Lutut.
7. Takafulink Payor Waiver Of Contribution (Juvenile)
Pembayaran caruman
polisi akan dikecualikan (termasuk enricher) sekiranya pembayar meninggal dunia
atau cacat kekal melebihi 6 bulan berturut-turut sebelum berumur 69 tahun.
Perlindungan
tambahan ini khas untuk pemegang polisi yang berumur di bawah 17 tahun (anak).
Perlindungan tambahan ini tidak boleh diambil bersekali dengan perlindungan
tambahan yang memberi pengecualian pembayaran.
Penambahan caruman
mungkin perlu dilakukan agar polisi ini tetap aktif sekiranya jumlah simpanan
(account value) tidak mencukupi untuk menampung jumlah caruman yang dikecualikan.
Pengecualian
caruman hanya diberi sehingga pemegang polisi berumar 25 tahun.
8. Takafulink Payor Waiver Of Contribution (Spouse)
Pembayaran caruman
polisi akan dikecualikan (termasuk enricher) sekiranya pembayar meninggal dunia
atau cacat kekal melebihi 6 bulan berturut-turut sebelum berumur 69 tahun.
Perlindungan
tambahan ini khas untuk pemegang polisi yang berumur 17 tahun ke atas (pasangan).
Perlindungan tambahan ini tidak boleh diambil bersekali dengan perlindungan
tambahan yang memberi pengecualian pembayaran.
Penambahan caruman
mungkin perlu dilakukan agar polisi ini tetap aktif sekiranya jumlah simpanan
(account value) tidak mencukupi untuk menampung jumlah caruman yang
dikecualikan.
9. Takafulink Waiver Of Contributionfor TPD
Pembayaran caruman
polisi akan dikecualikan (termasuk enricher) sekiranya pembayar mengalami kecacatan
kekal melebihi 6 bulan berturut-turut sebelum berumur 69 tahun.
Perlindungan
tambahan ini khas untuk diri sendiri sahaja. Perlindungan tambahan ini tidak
boleh diambil bersekali dengan perlindungan tambahan yang memberi pengecualian pembayaran.
Penambahan caruman
mungkin perlu dilakukan agar polisi ini tetap aktif sekiranya jumlah simpanan
(account value) tidak mencukupi untuk menampung jumlah caruman yang dikecualikan.
10. Takafulink Waiver Of Contribution For Critical Illness
Pembayaran caruman
polisi akan dikecualikan (termasuk enricher) sekiranya pembayar menghidap salah
satu dari 38 penyakit kritikal sepanjang polisi aktif.
Perlindungan
tambahan ini khas untuk diri sendiri sahaja. Perlindungan tambahan ini tidak
boleh diambil bersekali dengan perlindungan tambahan yang memberi pengecualian
pembayaran.
Penambahan caruman
mungkin perlu dilakukan agar polisi ini tetap aktif sekiranya jumlah simpanan
(account value) tidak mencukupi untuk menampung jumlah caruman yang
dikecualikan.
Sebarang
pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya
melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan