Rabu, 19 April 2023

Panduan Memiliki 1 Gram Emas Fizikal Pertama Anda (Jenama Public Gold)

 1 gram jongkong emas (goldbar) Public Gold


Entri kali ini saya kongsikan panduan ringkas untuk memiliki 1 gram jongkong emas jenama Public Gold pertama anda. Kenapa 1 gram? Sebab ini adalah produk yang memiliki rekabentuk (design) yang pelbagai mengikut tema. Dikeluarkan dalam kuantiti yang terhad. Sesuai dijadikan sebagai koleksi.
 
Terdapat 3 kaedah yang boleh dipilih iaitu:
 
 
1. Pembelian Melalui Alamat Sesawang (Website) Public Gold
 
Daftar DISINI sebagai pengguna baru. Kemudian log masuk di alamat sesawang Public Gold dan pilih produk 1 gram yang diingini. Terdapat hanya 1 rekebentuk sahaja yang tersedia untuk dibeli iaitu versi klasik . Tekan pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan cara membelinya.
 
Nota:
0.5 gram jongkong emas edisi Wealth Card boleh dibeli melalui alamat sesawang Public Gold. Hanya ada satu rekabentuk sahaja yang dijual melalui kaedah ini.
 
 
Entri Berkaitan:
Manual Kaedah Membeli Emas Secara Runcit (Outright Purchase)
 
 
2. Pembelian Melalui Akaun GAP Public Gold
 
Daftar DISINI sebagai pengguna baru. Kemudian log masuk di alamat sesawang Public Gold dan beli emas melalui akaun GAP. Terdapat pelbagai rekabentuk (design) tersedia boleh dipilih semasa proses pengeluaran dibuat. Minimum pembelian adalah sebanyak RM 100.
 
Pengeluaran 1 gram hanya boleh dilakukan apabila terdapat sekurang-kurangnya 2 gram dalam akaun GAP. Caj tambahan akan dikenakan ketika membuat permohonan pengeluaran emas fizikal melalui kemudahan GIT. Pembelian melalui akaun GAP Public Gold adalah cara paling murah untuk memiliki 1 gram jongkong emas.
 
Tekan pautan dibawah untuk maklumat terperinci berkaitan cara membelinya.
 
Nota:
Minimum pengeluaran dari akaun GAP adalah 1 gram. Ini bererti 0.5 gram jongkong emas tidak boleh dikeluarkan melalui akaun GAP.
 
 
Entri Berkaitan:
Gold Accumulation Program (GAP) (1. Pembelian Seterusnya)
 
 
3. Pembelian Melalui PG Mall
 
Daftar DISINI sebagai pengguna baru. Log masuk di alamat sesawang PG Mall. Cari kedai PG Gold Museum atau Aurora Italia untuk pembelian 1 gram jongkong emas pertama anda.
 
PG Gold Museum menjual 1 gram jongkong emas pelbagai rekabentuk (design) kecuali versi yang memiliki hak cipta (copyright) seperti edisi Marvel, Disney dan sebagainya.
 
Aurora Italia menjual 1 gram jongkong emas pelbagai rekabentuk (design) versi hak cipta (copyright) seperti Marvel, Disney and sebagainya. Versi ini biasanya lebih mahal dari biasa kerana perlu membayar royalti.
 
Nota:
Pembelian 0.5 gram jongkong emas pelbagai rekabentuk (design) boleh juga di beli dikedua-dua kedai ini.
 
Entri Berkaitan:
Kelebihan Mendaftar Sebagai Pengguna Di PG Mall

 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Tiada ulasan:

Catat Ulasan