Fasa 1: Membina Diri
Untuk permulaan, pekara
pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencari ilmu sebanyak mungkin dari
membaca buku, menghadiri setiap seminar dan kursus yang dianjurkan oleh G100 dan
Public Gold tanpa ponteng (sekiranya mampu) dalam tempoh enam bulan pertama. Ini
bagi membentuk tabiat sentiasa dahagakan ilmu serta dapat menanam bisnes dalam
diri.
Dengan ilmu kita dapat mengubah
pemikiran dari biasa menjadi luar biasa. Pemikiran akan mempengaruhi tabiat.
Tabiat akan mempengaruhi tindakan. Dengan ilmu, semua pekara akan menjadi lebih
mudah.
Berikut adalah kategori
ilmu yang wajib dipelajari dan dikuasai.
1# Ilmu
Berkaitan Mengubah Minda Serta Pemikiran
Hendak menjadi seorang
yang berjaya ini mudah sahaja. Tahu apa yang orang berjaya tahu. Buat apa orang
berjaya buat. Maka dapatlah hasil seperti apa yang orang berjaya dapat. Pekara
paling sukar untuk berjaya adalah mengetahui bagaimana hendak berjaya.
Entri
Berkaitan:
Koleksi Buku Bacaanku
2# Ilmu
Berkaitan Emas Dan Perak
Sebagai seorang Dealer
Public Gold. Adalah penting untuk kita memahami ilmu emas dan perak dengan lebih
mendalam agar dapat membantu pelanggan kita menyimpan dengan cara selamat,
mudah dan betul.
Entri
Berkaitan:
8 KategoriI lmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui
3# Ilmu
Berkaitan Bisnes Public Gold
Ia meliputi cara
menggunakan sistem, mengetahui perkembangan terkini dan sebagainya yang
berkaitan dengan Public Gold secara tak langsung atau langsung. Ia merangkumi
PG Mall sekali.
Entri
Berkaitan:
Kaedah Membeli Emas Public Gold
Fasa 2: Membina Pelanggan
(Frontline)
Bisnes bermula pada fasa
ini. Belajari cara untuk mendapatkan pelanggan yang merdeka. Pelanggan yang
mampu untuk berurusniaga dengan Public Gold dalam semua pekara seperti pembelian,
jual balik, gadaian dan sebagainya. Pelanggan yang aktif membeli emas (beli
secara konsisten). Tugas kita hanya membantu bila perlu sahaja.
Sasarkan untuk memiliki
1,000 pelanggan yang merdeka secepat mungkin.
Entri
Berkaitan:
Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Penyimpan Emas
Fasa 3: Membina Pasukan
Fasa ini bermula apabila ada
diantara pelanggan kita yang membuat keputusan untuk menjadi Dealer Public Gold.
Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan memastikan mereka melibatkan diri
dengan pasukan sokongan seperti G100. Hadiri setiap seminar, kursus dan kelas
yang dianjurkan oleh pasukan agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan sedia ada.
Galakkan dealer kita
untuk terlibat secara aktif dalam pasukan sokongan agar dapat memberi sumbangan
mengikut kemahiran yang dimiliki.
Bantu dealer kita
sehingga berjaya menjadi Founder Master Dealer (FMD).
Entri
Berkaitan:
Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Dealer Public Gold
Fasa 4: Membina Pemimpin
Fasa terakhir ini bermula
apabila ada dikalangan dealer kita berjaya mencapai status Master Dealer atau
Founder Master Dealer. Apa yang perlu kita lakukan adalah membantu mereka
melahirkan lebih banyak Master Dealer atau Founder Master Dealer dalam pasukan
mereka.
Public Gold mengisytihar Dealer
Public Gold sebagai seorang pemimpin apabila berjaya melahirkan sekurang-kurangnya
3 orang Founder Master Dealer (FMD) dari kalangan pelanggan sedia ada
(Frontline).
Entri
Berkaitan:
Anugerah Public Gold
Koleksi Buku Bacaanku
8 KategoriI lmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui
Kaedah Membeli Emas Public Gold
Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Penyimpan Emas
Panduan Memulakan Langkah Pertama Sebagai Dealer Public Gold
Anugerah Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Ulasan