Sabtu, 16 Mac 2024

Alasan Biasa Orang Malas Ambil Takaful

Alasan Biasa Orang Malas Ambil Takaful

1. Rasa Rugi Bayar Sahaja Tetapi Tak Pernah Dapat Manfaatnya

Memang kelihatan seperti kita dalam kerugian membayar setiap bulan selama bertahun-tahun lamanya sekiranya tiada atau kurang tuntutan dibuat. Sekiranya kita memandang dari sudut negatif.

Hakikatnya, sekiranya dilihat dari sudut positif. Ia bermaksud kita dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa. Bersyukurlah kerana orang yang sakit hanya ada satu impian sahaja iaitu ingin sihat seperti dahulukala.

Takaful konsepnya kan saling tolong menolong antara satu sama lain. Tak dapat manfaat dari sudut kewangan. Kita masih lagi perolehi pahala hasil dari usaha membantu orang lain yang ditimpa kecelakaan.

2. Tak Semua Tuntutan Dapat Katanya

Tak semua tuntutan diterima. Ia bergantung kepada banyak faktor seperti jenis perlindungan yang diambil, syarat dan terma berkaitan perlindungan tersebut dan sebagainya.

Oleh itu, bagi mengurangkan risiko tuntutan tidak diterima (tolak). Pemegang polisi takaful perlulah memahami terma dan syarat dengan lebih mendalam terutama jumlah manfaat yang diterima, batasan perlindungan dan sebagainya.

Tahu apa yang diambil. Tahu apa yang diperlukan. Mulakan dengan ilmu berkaitan takaful hayat.


3. Banyak Dengar Khabar Pengalaman Buruk Orang Ambil Takaful

Biasalah pengalaman buruk yang sering dihebohkan bagi memberi gambaran negatif tentang industri takaful walaupun hakikatnya terdapat pelbagai sebab kenapa pekara tersebut berlaku.

Pengendali takaful tidak sewenang-wenang menolak sesuatu tuntutan tanpa sebab munasabah. Industri takaful ini dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh itu peraturannya amat ketat sekali.

Industri takaful ini telah membantu ramai orang dengan membayar pampasan bernilai jutaan ringgit setiap tahun. Ini menunjukkan betapa pentingnya industri takaful ini. Pengalaman baik jarang orang kongsikan atas sebab keselamatan kebiasaanya.


4. Mahal Bayar Takaful. Lebih Baik Bayar Benda Lain Seperti Kereta

Takaful tujuan utamanya adalah untuk menguruskan risiko dalam kehidupan. Dengan cara menyediakan pampasan dalam bentuk wang sekiranya ditimpa kecelakaan.

Takaful menjadi penyelamat pada sesebuah keluarga apabila menjadi penganti kepada pendapatan yang hilang selepas ketua keluarga ditimpa kecelakaan. Ini secara tidak langsung dapat menyelamatkan harta seperti rumah atau kereta yang masih belum selesai hutangnya.


5. Bayar Mahal Tapi Orang Lain Tak Nampak Perkaranya

Pekara yang tidak kelihatan ini tak akan dapat mengagumkan orang lain walaupun perlindungan sejuta sekali pun. Bayar mahal-mahal tapi tak dapat tunjuk kat orang sekeliling.

Hakikatnya fungsi takaful bukanlah hendak buat orang kagum tetapi hendak pastikan waris boleh berdikari dari sudut kewangan tanpa perlu meminta simpati serta menyusahkan orang ramai termasuk ahli keluarga. Biarkan waris kita hidup bermaruah walaupun selepas ketiadaan kita.

 
Takaful telah terbukti membantu ramai orang yang dalam kesusahan. Antara cara segera untuk sediakan sejumlah wang yang mencukupi dengan kadar sekiranya kita tak sempat nak kumpul kekayaan secukupnya sebelum ditimpa kecelakaan. 
 
Yang menulis,
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful


Tiada ulasan:

Catat Ulasan