Khamis, 9 Mei 2024

Kewajiban Bayar Zakat Emas (Mengikut Kaedah Pembelian)

Kewajipan Bayar Zakat Emas (Mengikut Kaedah Pembelian)

Entri kali ini saya kongsikan berkaitan kewajiban membayar zakat emas mengikut kaedah pembelian yang diperkenalkan oleh Public Gold.
 
Secara umumnya, syarat wajib bayar zakat emas tertakluk kepada tiga pekara iaitu:
1. Memiliki Secara Mutlak
2. Memiliki 85 gram Simpanan Emas
3. Pemilikan Melebihi Tempoh Setahun
 
Entri Berkaitan:
Kaedah Bayar Zakat Emas Dan Perak
 
Ini adalah asasnya. Mari kita lihat kaedah pembelian emas Public Gold. Adakah emas yang di beli menepati syarat pembayaran zakat dari sudut pemilikan secara mutlak.
 
 
1. Outright Purchase (Beli Terus)
 
Soalan:
Wajibkah saya membayar zakat terhadap emas yang dibeli secara terus dari Public Gold walaupun telah memilikinya lebih dari setahun?
 
Jawapan:
Wajib walaupun sekiranya ada sebahagian emas yang dibeli belum diterima ditangan selagi emas yang dimiliki mencapai jumlah gram yang mencukupi.
 
 
2. Easy Payment Purchase (EPP)
 
Soalan:
Wajibkah saya membayar zakat terhadap emas yang dibeli terus dari Public Gold menggunakan kaedah Easy Payment Purchase (EPP)?
 
Jawapan:
Tidak wajib sekiranya pembayaran belum diselesaikan walaupun jumlah emas yang ada termasuk yang dibeli melalui kaedah EPP melebihi jumlah yang ditetapkan.
 
Penjelasan:
Emas yang dibeli melalui kaedah EPP tidak wajib dizakat kerana masih tidak dimiliki sepenuhnya lagi (pemilikan mutlak).
 
Ini bererti emas yang dibeli juga perlu disimpan sehingga tempoh setahun mengikut tarikh akhir pembayaran yang dilakukan sebelum layak membayar zakat emas. Dan yang penting jumlah emas yang disimpan tidak kurang dari 85 gram.
 
 
3. Gold Accumulation Program (GAP)
 
Soalan:
Wajibkah saya membayar zakat terhadap emas yang dibeli terus melalui akaun GAP walaupun telah memilikinya lebih dari setahun?
 
Jawapan:
Wajib kerana pembelian melalui akaun emas GAP adalah sempurna pemilikan (pemilikan mutlak). Pihak Public Gold hanya menjadi pemegang amanah sahaja. Membantu menyimpan secara selamat bagi pihak pelanggan selagi cukup gramnya.
 
Entri Berkaitan:
Kaedah Membeli Emas Public Gold

 
Ringkasannya, hanya pembelian melalui EPP sahaja tidak wajib zakat sehingga pembayaran terakhir selesai dengan anggapan dua syarat yang lain telah dipenuhi. Pekara ini juga terpakai pada perak dalam menentukan status pemilikan untuk pembayaran zakat.
 
Mudahkan nak faham.
 

Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan