Khamis, 2 Mei 2024

Tips Mudah Jadi Miskin

Tips Mudah Jadi Miskin
Sumber: Google Picture

1. Berbelanja Seperti Tiada Esok Bagimu
 
Belanja habis semua pendapatan yang anda perolehi hari ini. Tak perlu simpan duit walaupun sedikit. Duitkan tak boleh dibawa mati. Masa inilah nak nikmati hidup sebaik dan semewah yang mungkin.
 
Duit boleh dicari kemudian hari bila sudah habis nanti.
 
 
2. Buat Hutang Sebanyak Mungkin
 
Kalau tak cukup duit untuk berbelanja terutama untuk menampung kos gaya hidup. Kita boleh berhutang dengan pihak lain seperti bank. Salah satu cara mudah buat hutang segera dengan menggunakan kad kredit. Berbelanja sampai had maksimum.
 
Kalau tak layak lagi untuk membuat pembiayaan dengan bank, kita boleh berhutang dengan saudara mara atau along (ceti haram). Belanja sahaja wang pinjaman tersebut. Lain hari nanti fikirlah bagaimana nak bayar hutang yang ada.
 
 
3. Terlibat Dalam Perjudian. Beli Harapan Untuk Menjadi Jutawan Segera
 
Perjudian itu satu ketagihan. Ketagihan untuk memenangi wang dalam jumlah yang besar walaupun peluang itu hampir mustahil. Belanja duit sebanyak mungkin untuk berjudi. Mana tahu satu masa nanti tuah menyebelahi diri.
 
Membeli harapan untuk jadi jutawan tanpa usaha dengan berjudi.
 
 
4. Terlibat Dalam Pelaburan Skim Cepat Kaya (Scam) Dengan Harapan Dapat Keuntungan Yang Banyak
 
Sekarang ini terdapat pelbagai jenis skim cepat kaya (kayap) boleh disertai untuk menggandakan duit pelaburan yang sedia ada. Asalkan anda sanggup beri duit kepada mereka dengan mudah.
 
Tak perlu bersusah payah membuat kajian terhadap pelaburan tersebut. Asalkan bagi pulangan yang masyuk (mewah) cukup untuk menyertainya walaupun untungnya tak logik di akal. Goyang kaki pun boleh jadi kaya kan.
 
 
5. Buat Keputusan Dengan Emosi Melebihi Pertimbangan Akal Dalam Pengurusan Kewangan (Buat Dosa-Dosa Kewangan)
 
Buat sahaja keputusan dengan emosi dalam segala pekara berkaitan kewangan. Percayakan naluri sendiri lebih penting berbanding dengan pertimbangan menggunakan pengetahuan dan pemikiran. Abaikan segala nasihat kewangan yang tidak mengikut emosi dan kepercayaan diri.
 
Nikmati hidup hari ini sebaiknya. Masalah esok biar kita selesaikan pada esok hari.
 
 
6. Tidak Memiliki Perlindungan Takaful Hayat Yang Mencukupi Bagi Menghadapai Kecelakaan. Bayar Sendiri Kos Rawatan Yang Dikenakan
 
Rugi bayar takaful (insurans) terutama bila tiada tuntutan yang dilakukan. Buat pengendali takaful (syarikat) kaya sahaja. Hosiptal kerajaan kan ada untuk merawat kita dengan kos yang murah bila memerlukannya nanti.
 
Tak cukup duit nak bayar bil perubatan boleh tebalkan muka mengemis minta bantuan orang ramai atau ahli keluarga.
 
 
7. Jadi Mangsa Penipuan Terancang Terutama Melibatkan Wang Ringgit
 
Jadikan orang yang senang gelabah dan gelisah bila terdapat dakwaan dari orang asing (sama ada melalui panggilan telefon, mesej dan sebagainya) yang mengatakan diri terlibat dengan jenayat terancang atau kekasih dalam kesusahan (Scam Percintaan).
 
Ikut sahaja apa yang mereka suruh kalau nak selamat (kononnya) sehingga diri diselamatkan walaupun semua duit simpanan yang ada hilang.
 
 
8. Bagi Pinjam Duit Tanpa Had Kepada Semua Orang. Buat Pinjaman Kalau Tak Cukup Wang
 
Jadikan seorang yang pemurah serta baik hati dengan membantu orang lain dari segi kewangan (bagi pinjam duit). Biar kita tak cukup duit asalkan orang lain ada duit. Muliakan perbuatan tersebut.
 
Kita juga boleh membuat pinjaman peribadi bagi memberi pinjaman kepada orang lain yang memerlukan sekiranya kita sendiri sudah tiada duit lagi. Biarkan diri merana asalkan orang lain bahagia kan.
 
Entri Berkaitan:
Kesilapan Kewangan (Menyimpan)

 
Mudahkan sebenarnya nak jadi miskin ini. Semua orang mampu melakukannya asalkan berani untuk mengamalkan tips dan panduan yang dikongsikan ini. Kalau nak hidup terseksalah di dunia ini.
 
Kalau nak hidup bahagia, selesa dan tenang. Mulakan dengan menuntut ilmu pengurusan kewangan yang cara betul. Tahu cara jadi miskin juga sebenarnya dapat membantu anda mengelak dari terjerumus dalam kesilapan ini.
 
Entri Berkaitan:
Formula Pengurusan Kewangan Peribadi


Youtube Channel:
Tips Mudah Jadi Miskin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan