Selasa, 27 Ogos 2024

Master Dealer Conference (MDC) 6.0

Master Dealer Conference (MDC) 6.0

Lokasi:
Menara PGRM
 
Alamat:
8, Jalan Pudu Ulu,
Taman Pertama,
55300 Kuala Lumpur.
 
Masa Persidangan:
7.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu)
7.00 pagi - 5.30 malam (Ahad)
 
Harga Tiket:
RM 400
 
Tarikh Persidangan:
24-25 Ogos 2024
 
Master Dealer Conference (MDC) 6.0 menjadi persidangan pertama yang dihadiri oleh saya sebagai peserta. Dah masuk yang keenam baru nak menghadirkan diri. Persidangan ini diadakan setiap enam bulan sekali. Matlamat utama persidangan ini bagi membantu Dealer mencapai status Founder Master Dealer (FMD) dalam tempoh enam bulan. Kaedah tercepat untuk mencapai FMD adalah dengan belajar dari dealer yang telah mencapai status FMD.
 
Untuk pemasaran secara atas talian, setiap peserta diberi pilihan untuk memilih salah satu dari media sosial iaitu Facebook, Instagram atau Tiktok. Saya memilih Facebook. Maklumlah orang lama.
 
Tentatif Program
 
24 Ogos 2024 (Sabtu)
0645: Pendaftaran & Sarapan
0800: Upacara Pembukaan
0830: Slot 1: Dream - Segalanya Bermula Dengan Impian
1000: Slot 2: Road To 1,000 Active Customer Base
1100: Slot 3: FMD Success Story
1200: Slot 4: Offline Marketing (SP & Booth)
1300: Makan Tengah Hari/ Solat
1400: Slot 5: Content Marketing
1600: Slot 6: Marketing Tool (FB, IG, TT)
1800: Makan Malam/ Solat
2030: Slot 7: Coaching Session With Upline Leaders
2230: Bersurai
 
25 Ogos 2024 (Ahad)
0645: Sarapan
0815: Slot 8: Hands On Video Content
0900: Wrap-Up by Leader
1130: Slot 10: Game Plan with Upline Leaders
1300: Makan Tengah Hari/ Solat
1400: MDC 6.0 Mission Accomplished
1515: MDC 6.0 Send Off
1800: Bersurai
24/08/2024: Kali Pertama Menjejak Kaki Di Sini

24/08/2024: Persidangan Diadakan Di Dewan Wawasan (Tingkat 4)

24/08/2024: Makan Sarapan Dahulu

24/08/2024: Ambil Kesempatan Bergambar Dengan FMD

24/08/2024: Kaunter Pendaftaran

24/08/2024: Permulanya Persidangan

24/08/2024: Senarai Semak

24/08/2024: Masih Status Pre MD

24/08/2024: Dapat Meja Depan

24/08/2024: Segalanya Bermula Dengan Impian

24/08/2024: Perjalanan Menuju Ke 1000 Pelanggan Aktif

24/08/2024: Perkongsian Kisah Kejayaan FMD

24/08/2024: Mencari Pelanggan Secara Berhadapan

24/08/2024: Setiap Meja Ada Seorang FMD Sebagai Tempat Rujukan

24/08/2024: Solat Dahulu Sebelum Makan Tengah Hari

24/08/2024: Belajar Secara Teori Berkaitan Pemasaran

24/08/2024: 3 Kaedah Buat Video Dikongsi Secara Teori

24/08/2024: Lokasi Untuk Sesi Bergambar

24/08/2024: Sesi Perkongsian Dari FMD Berkaitan Pemasaran Melalui Facebook

24/08/2024: Makan Malam

24/08/2024: Sebelum Sesi Terakhir Bermula

24/08/2024: Sesi Bersama Upline Leaders

24/08/2024: Menara Parti Gerakan Rupanya

24/08/2024: Pulang Dulu. Esok Pagi Datang Balik

25/08/2024: Hari Kedua

25/08/2024: Sarapan Dahulu

25/08/2024: Mari Bermula

25/08/2024: Sesi Buat 3 Jenis Video Ringkas Untuk Pemasaran

25/08/2024: Sesi Bergambar Ikut Kumpulan

25/08/2024: Sesi Perancangan (Game Plan) Bersama Mentor

25/08/2024: Makan Tengah Hari Dulu Sebelum Solat

25/08/2024: Sesi Menyerahkan Cenderahati Kepada Tetamu VVIP

25/08/2024: Persidangan Berakhir Dengan Sesi Bergambar Dengan Semua Peserta

Sesi sebelah petang untuk hari kedua lebih kepada ucapan dari wakil Public Gold berkaitan berkembangan terkini melibatkan PG Mall, PG Jewel dan Aurora Italia. Ucapan terakhir adalah dari pengasas dan pengerusi Public Gold itu sendiri.
 
Maka berakhirlah persidangan untuk kali ini. Berjumpa lagi di persidangan MDC 7.0 pada tahun depan yang ditetapkan pada 22 Februari 2025.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan