Jumaat, 18 Oktober 2024

BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024

BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024

Lokasi:
Dewan Seri Melaka
 
Alamat:
Akademik Etiqa
Level 15B, 23, Jalan Melaka, City Centre,
50100 Kuala Lumpur
 
Waktu:
9.00 pagi - 5.00 petang
 
Tarikh:
15-16 Oktober 2024 (Selasa & Rabu)
 
 
BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024 yang diadakan selama dua hari menjadi kelas fizikal kedua dihadiri pada tahun ini. Ini adalah kelas paling sikit pernah saya sertai sepanjang bersama Etiqa. Hanya tiga orang sahaja yang menghadirkan dari 19 orang yang berdaftar.
 
Hari pertama amatlah mencabar disebabkan terpaksa menempuhi hujan lebat dipertengahan jalan sehingga basah kuyup dibuatnya walaupun pakai baju hujan. Nasib seorang penunggang motosikal kan. Dengan keadaan diri yang basah ini, sikit lagi nak tarik diri walaupun dah sampai. Mujurlah niat tersebut dibatalkan bila boleh bawa masuk motosikal ke tempat letak kereta. Kena keringkan sikit diri dalam tandas sebelum masuk kelas.
 
Rezeki cuaca baik pada hari kedua. Bolehlah bawa motosikal secara santai. Tak perlu tergesa-gesa seperti semalam.

Khamis, 17 Oktober 2024

Feststar Food Fest 2024

Feststar Food Fest 2024

Lokasi:
Encorp Strand Mall
 
Alamat:
Jalan PJU 5/22,
Pusat Perdagangan, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
3.00 petang - 12.00 pagi (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
13 Oktober 2024 (9-13 Oktober 2024)
 

Feststar Food Fest 2024 yang diadakan di hadapan The Strand Mall menjadi lokasi persinggah terakhir pada hari ini selepas mengunjungi IPC Shopping Centre.
 
Kedatangan kali ini sekadar meninjau makanan dan minman yang menarik disini.

Isnin, 14 Oktober 2024

MEDIC eDGE Takaful

MEDIC eDGE Takaful

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 0.5 gram emas Public Gold dengan menyertai plan perlindungan MEDIC eDGE Takaful atau 1 gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
 
MEDIC eDGE Takaful.
 
Pengenalan
 
Perbelanjaan perubatan selalunya tidak dapat dijangka dan mungkin akan menjejaskan gaya hidup yang anda impikan. Etiqa MEDIC eDGE Takaful menyediakan perlindungan perubatan yang anda perlukan. Pelan perlindungan komprehensif yang mampu milik ini akan melengkapkan keperluan perlindungan anda.
 
Sumber: MEDIC eDGE Takaful

Khamis, 10 Oktober 2024

Checklist Customer Journey (Skrip)

Checklist Customer Journey (Skrip)

Disini saya kongsikan skrip untuk mempelawa pelanggan mengikut senarai Checklist Customer Journey. Skrip ini boleh diubah mengikut kesesuaian.
 

1. Mulakan Tabungan Menggunakan Aplikasi Public Gold
 
Salam encik XXX.
 
Sudahkan encik Raydha memuat turun aplikasi (apps) Public Gold? Sekiranya belum, encik XXX boleh muat turun menggunakan pautan yang dikongsikan ini.
 
Android
https://play.google.com/store/apps/detail?id=com.pgmapp.publicgold
 
iPhone
https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964
 
Urusan jual beli akan bertambah mudah dengan menggunakan aplikasi ini.

Rabu, 2 Oktober 2024

Beryl’s Chocolate Shop & Museum

Beryl’s Chocolate Shop & Museum

Lokasi:
Beryl’s Chocolate Shop & Museum
 
Alamat:
No. 10, Jalan Raya 7/1,
Kawasan Perindustrian Seri Kembangan,
43300 Seri Kembangan, Selangor
 
Waktu Operasi:
8.30 pagi - 5.30 petang (Isnin - Sabtu)
9.00 pagi - 5.30 petang (Ahad)
 
Alamat Sesawang:
https://berylschocolate.com/
 
Tarikh Lawatan:
1 Oktober 2024
 
 
Beryl’s Chocolate Shop & Museum menjadi lokasi tunggal yang sempat dikunjungi untuk hari ini.