Jumaat, 18 Oktober 2024

BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024

BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024

Lokasi:
Dewan Seri Melaka
 
Alamat:
Akademik Etiqa
Level 15B, 23, Jalan Melaka, City Centre,
50100 Kuala Lumpur
 
Waktu:
9.00 pagi - 5.00 petang
 
Tarikh:
15-16 Oktober 2024 (Selasa & Rabu)
 
 
BSC Agent Skill Enhancements (BASE) Siri 2 2024 yang diadakan selama dua hari menjadi kelas fizikal kedua dihadiri pada tahun ini. Ini adalah kelas paling sikit pernah saya sertai sepanjang bersama Etiqa. Hanya tiga orang sahaja yang menghadirkan dari 19 orang yang berdaftar.
 
Hari pertama amatlah mencabar disebabkan terpaksa menempuhi hujan lebat dipertengahan jalan sehingga basah kuyup dibuatnya walaupun pakai baju hujan. Nasib seorang penunggang motosikal kan. Dengan keadaan diri yang basah ini, sikit lagi nak tarik diri walaupun dah sampai. Mujurlah niat tersebut dibatalkan bila boleh bawa masuk motosikal ke tempat letak kereta. Kena keringkan sikit diri dalam tandas sebelum masuk kelas.
 
Rezeki cuaca baik pada hari kedua. Bolehlah bawa motosikal secara santai. Tak perlu tergesa-gesa seperti semalam.
15/10/2024: Letak Motosikal Di Tingkat 6

15/10/2024: Bermula Kelas Hari Ini

15/10/2024: Kaedah Mendapatkan 100 Pelanggan Setahun

15/10/2024: Minum Pagi

15/10/2024: Sasaran Yang Perlu Dicapai

15/10/2024: Makanan Tengah Hari

15/10/2024: Komisen Tambahan Berdasarkan Sasaran Yang Dicapai

15/10/2024: Tawarkan Produk Takaful Mengikut Keperluan Dan Kemampuan Pelanggan

16/10/2024: Ramai Peserta Tak Hadirkan Diri

16/10/2024: Hari Kedua Kelas. Kongsikan Apa Yang Telah Difahami Melalui Lukisan

16/10/2024: Sesi Penerangan

16/10/2024: Memahami CE, PR12, PR13, PR24 & PR25

16/10/2024: Cara Perkiraan Prestasi Ikut Peratusan

16/10/2024: Minum Petang Dulu Sebelum Pulang

16/10/2024: Cerah Cuaca Petang Ini

Berakhir sudah kelas untuk hari ini. Tiba masa untuk pulang. Banyak ilmu dan pengalaman berharga yang diperolehi kali ini. Antaranya tips dan panduan ringkas menjadi seorang MDRT.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Assistant Sale Manager @ ALC Dilina Seraya
Etiqa Family Berhad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan