Selasa, 3 Disember 2024

Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013

Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013

Lokasi:
Shahzan Inn
 
Alamat:
Jalan Lady Guillemard,
49000 Bukit Fraser,
Pahang.
 
Waktu:
8.00 pagi - 6.00 petang
 
Tarikh Kursus:
29 November - 1 Disember 2013 (Jumaat - Ahad)
 
 
Kursus Pemikiran Kreatif & Inovatif Siri 4 2013 yang diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Shahzan Inn @ Bukit Fraser menjadi kursus yang disertai oleh saya pada kali ini. Kursus yang dianjurkan oleh PTPTN terhad tempatnya. Syukur terpilih menyertai kursus ini (ikut senarai asal).
 
Malangnya selepas mengikuti kursus ini didapati nama sudah tiada dalam senarai peserta. Tak tahulah pula berlakukan perubahan senarai peserta saat akhir. Nasib baiklah pegawai yang menguruskan kursus ini seseorang dikenali. Dapatlah ikuti kursus ini kerana ada peserta yang tak hadir. Kira gantilah peserta tersebut.

29/11/2013: Sementara Menunggu Laluan Dibersihkan (Ada Tanah Runtuh Dihadapan)

29/11/2013: Main Lukis Muka Oranglah Pula

29/11/2013: Mendengar Taklimat Berkaitan Aktiviti Seterusnya

29/11/2013: Tengah Senaraikan Kegunaan Batu Bina Rumah

29/11/2013: Hotel Menginapan Bagi Kursus Kali Ini

30/11/2013: Bersenam Dulu Pagi Ini

30/11/2013: Sebelum Masuk Dewan

30/11/2013: Aktiviti Berkumpulan Bina Bangunan Tertinggi

30/11/2013: Berjaya Bina Bangunan Tertinggi Sekali Mengalahkan Kumpulan Lain

30/11/2013: Aktiviti Seterusnya Bina Model Kereta

30/11/2013: Membina Kereta Secepat Mungkin

30/11/2013: Kilang Pengeluar Kereta

30/11/2013: Tengah Merancang Dalam Aktiviti Seterusnya

30/11/2013: Selepas Kursus Hari Kedua

30/11/2013: Jalan-Jalan Sekitar Kawasan Hotel

30/11/2013: Cuaca Sejuk Dan Berkabus

30/11/2013: Di Tepi Padang Golf

30/11/2013: Sebelum Hujan Turun

30/11/2013: Makan Itu Wajib

01/12/2013: Hari Terakhir Kursus

30/11/2013: Gaya Bebas

30/11/2013: Bersama Penceramah

Kursus kali ini fokusnya supaya para peserta dapat berfikiran kreatif dengan cara menyelesaikan pelbagai masalah dan cabaran yang diberi.
 
Kali pertama kursus di tanah tinggi. Sejuk cuacanya terutama apabila hujan turun. Kena mandi air panas kalau tak nak mengigil. Tiada penghawa dingin dalam hotel ini disebabkan cuaca sudah pun sejuk.
 
Tiba masa untuk pulang.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan