Selasa, 17 Disember 2024

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang ELITE eDGE Takaful @ Etiqa

ELITE eDGE Takaful

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki 1 Gram emas Public Gold dengan menyertai plan Elite eDGE Takaful atau 5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2024.
 
 
ELITE EDGE TAKAFUL

Pengenalan
 
Perancangan kewangan yang teliti adalah sangat penting untuk mendahului sebarang situasi kehidupan yang tidak dapat diramalkan. Etiqa ELITE eDGE Takaful bukan sahaja menawarkan perlindungan untuk memastikan kesejahteraan orang tersayang anda dan ia juga menyediakan platform kewangan yang kukuh membantu mereka mencapai matlamat mereka di masa akan datang.
 
Sumber: ELITE eDGE Takaful

Ciri-Ciri Utama
 
Siapa Layak Menyertai?
Warganegara
Penduduk Tetap
Warga Brunei & Singapura*
 
*Menetap Di Malaysia
 
Umur Kelayakan
Akaun Persendirian
17 Tahun sehingga 65 Tahun
Akaun Perkongsian (Join Account)
Pemilik Sijil (Peserta)
17 sehingga 65 Tahun
Pembayar
17 Tahun
 
Tempoh Matang
20 Tahun (Bayar 5 Tahun Sahaja)
30 Tahun (Bayar 15 Tahun Sahaja)
 
Jumlah Caruman
Minimum: RM 12,000 (Setahun)
Maksimum: RM 500,000 (Setahun)

Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan
 
 
Manfaat Utama

Manfaat Matang
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang polisi. Jumlah Simpanan (PIF) yang ada akan dipulangkan sepenuhnya.
 
Contoh:
Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Umur Ketika Polisi Berakhir: 46 tahun
Tempoh Matang: 20 Tahun
Caruman Tahunan: RM 12,000
Jumlah Simpanan (PIF): RM 70,000
 
Note:
1. Jumlah caruman yang Ali perlu bayar hanyalah selama 5 tahun sahaja bagi polisi yang aktif selama 15 tahun.
2. Jumlah simpanan (PIF) hanyalah anggaran semata-mata. Boleh jadi kurang atau lebih dari jumlah yang disertakan dalam contoh.
 
Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku kematian terhadap pemegang sijil sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan sebelum berumur 85 tahun. Jumlah Simpanan (PIF) atau Jumlah Caruman yang telah dibayar (yang mana lebih tinggi) akan diberi kepada waris berdaftar sebagai pampasan.
Contoh:
Ali meninggal pada tahun ke 10 sijil berkuatkuasa. Ali telah membayar caruman sebanyak RM 60,000. Simpanan semasa yang ada (PIF) adalah sebanyak RM 55,000. Ali pernah keluarkan RM 3,000 dalam simpanan dalam tempoh 12 bulan sebelum kematian.
 
Aisyah layak menerima pampasan sebanyak RM 60,000 atas sebab jumlah pembayaran caruman yang dibuat lebih tinggi dari jumlah simpanan sedia ada (PIF). Setelah ditolak RM 3,000.
 
Nota:
1. Waris akan menerima pampasan sebanyak 105% dari jumlah caruman yang telah dibayar atau jumlah simpanan yang ada (yang mana satu lebih tinggi) sekiranya polisi aktif melebihi dua tahun. Selepas ditolak jumlah pengeluaran yang dilakukan dalam tempoh 24 bulan.
2. Waris akan menerima pampasan sebanyak 100% dari jumlah caruman yang telah dibayar atau jumlah simpanan yang ada (yang mana satu lebih tinggi) sekiranya polisi aktif kurang dari dua tahun. Selepas ditolak jumlah pengeluaran yang dilakukan dalam tempoh 24 bulan.
3. Sekiranya pemegang polisi membunuh diri ketika masih waras dan polisi aktif kurang setahun. Jumlah caruman yang telah dibayar akan dipulangkan kembali setelah ditolak jumlah pengeluaran yang dibuat kurang dari 24 bulan.
4. Sekiranya pemegang polisi membunuh diri ketika masih waras atau tak (gila) dan polisi telah aktif melebihi setahun. Jumlah Caruman yang telah dibayar (105% sekiranya tidak waras dan 100% sekiranya waras) atau Jumlah Simpanan (PIF) yang mana lebih tinggi akan dipulangkan setelah ditolak jumlah pengeluaran yang dibuat kurang dari 24 bulan.
 
Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)
Sekiranya HUMK berlaku terhadap pemegang sijil dan hilang upaya tersebut berterusan sehingga 6 bulan serta berumur kurang dari 69 tahun. Jumlah Simpanan (PIF) atau Jumlah Caruman yang telah dibayar (yang mana lebih tinggi) akan diberi kepada waris berdaftar sebagai pampasan.
 
Nota:
1. Manfaat HUMK hanya akan diberi sehingga pemegang sijil berusia 69 tahun.
2. Jumlah maksimum pampasan mencecah RM 120,000.00 dalam tempoh masa 20 tahun bergantung kepada usia dan jantina pemegang sijil.
3. Manfaat yang diperolehi atas sebab kematian atau cacat kekal adalah sama sahaja
 
Manfaat Kematian Atau Cacat Kekal (HUMK) Akibat Kemalangan
Sekiranya HUMK berlaku terhadap pemegang sijil akibat kemalangan dan hilang upaya tersebut berterusan sehingga 6 bulan serta berumur kurang dari 69 tahun. Jumlah Simpanan (PIF) atau Jumlah Caruman yang telah dibayar (yang mana lebih tinggi) akan diberi kepada waris berdaftar sebagai pampasan. Dengan tambahan sebanyak 100% dari jumlah caruman yang telah dibayar.
 
Contoh:
 
Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Cacat Kekal Akibat Kemalangan: 31 tahun
Caruman Tahunan: RM 12,000
Caruman Yang Telah Dibayar: RM 6,000
Jumlah Simpanan (PIF): RM 4,000
 
Formula:
Pampasan = Jumlah Caruman (Telah Dibayar) @ Jumlah Simpanan (Akaun PIF) + Jumlah Caruman (Telah Dibayar)
 
Jumlah Pampasan:
RM 6,300 + RM 6,000 = RM 12,300
 
Manfaat Pembayaran Tunai
Pemegang polisi akan menerima Duit Tunai (Cash Payment) setiap tahun bermula tahun pertama (masuk tahun kedua) sehingga polisi mencapai tarikh matang.
 
Jadual Pembayaran (Duit Tunai):
 

Tahun

Pemberian Tunai (%)

5P20T

15P30T

1 - 5

10

10

6 - 10

15

20

11 - 15

20

25

16 - 20

25

30

21 - 25

 

35

26 - 30

 

50

 
Contoh:
Nama: Ali bin Abu
Umur: 26 tahun (Mengikut tarikh lahir akan datang)
Umur Ketika Polisi Berakhir: 46 tahun
Tempoh Matang: 20 Tahun
Caruman Tahunan: RM 12,000
 
Tahun 1-5: RM 1,200 (RM 6,000)
Tahun 6-10: RM 1,800 (RM 9,000)
Tahun 11-15: RM 2,400 (RM 12,000)
Tahun 16-20: RM 3,000 (RM 15,000)

Jumlah Tunai (Diterima): RM 42,000
 
Nota:
1. Manfaat Pemberian Tunai ini diambil dari tabung PRF (Risiko) dan hanya diterima selagi polisi masih aktif.
2. Manfaat Pemberian Tunai akan terhenti serta-merta selepas pemegang polisi meninggal dunia atau cacat kekal.
3. Sekiranya berlaku perubahan dalam caruman bulanan, peratusan Manfaat Pemberian Tunai akan mengikut jumlah caruman terkini.
4. Pemegang polisi diberi tempoh 6 bulan untuk menaikkan caruman asal dan caruman terkini akan berkuatkuasa sebulan kemudian dari tarikh kenaikkan dibuat. Perbezaan jumlah caruman terkini berbanding asal perlulah diselesaikan sepenuhnya sebelum polisi berkuatkuasa (ikut caruman terkini yang dinaikkan).
5. Penurunan caruman boleh dibuat pada bila-bila masa yang diingini dan akan berkuatkuasa selepas sebulan.
6. Permohonan penurunan caruman tidak boleh dibuat selepas keseluruhan caruman selesai dibuat.
 
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk buat temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan