 |
Sumber (Gambar): https://www.propertygenie.com.my/ |
Berikut saya kongsikan 5 strategi yang boleh diamalkan
dalam pelaburan hartanah. Pengecualian pada strategi kelima (sekadar perkongsian
sahaja).
1. Mengembalikan (Flipping)
Beli rumah di bawah harga
pasaran atau dengan harga murah. Biasanya rumah yang dilelong oleh pihak bank.
Kita juga boleh mendapatkan rumah dengan harga murah semasa krisis ekonomi
melanda yang menyebabkan ramai pemilik kediaman terpaksa menjual rumah dengan
harga murah semata-mata untuk terus bertahan.
Kemudian rumah tersebut
dibaiki atau diubahsuai supaya dapat menjual rumah tersebut dengan harga yang
lebih mahal. Kita juga boleh menjual semula selepas harga meningkat (ikut harga
pasaran).
Untung yang diperolehi
juga besar tetapi risikonya juga tinggi sekiranya harga rumah tak naik seperti
diharapkan.
2. Rumah Sewa
Beli rumah menggunakan
pembiayaan dari bank. Kemudian sewakan kepada orang lain (penyewa). Pastikan kadar
sewaan lebih tinggi dari ansuran bank. Lama kelamaan rumah tersebut akan
menjadi milik kita sepenuhnya dengan bantuan penyewa.
Untung yang diperolehi
tidaklah banyak tetapi boleh diperolehi secara berterusan (konsisten) selagi ada
penyewa.
Risikonya apabila kita
gagal untuk mencari penyewa yang menyebabkan terpaksa membayar sendiri ansuran bank
setiap bulan. Kita juga mungkin terpaksa menanggung sebahagian dari jumlah
pembiayaan bank sekiranya tidak mampu memperolehi kadar sewa yang mencukupi.
Ini tak termasuk kos
pembaikian yang perlu ditanggung oleh kita sebagai tuan rumah sekiranya berlaku
sebarang kerosakan atau tunggakan bil utiliti yang ditinggalkan setiap kali
penyewa bertukar.
3. Rumah Penginapan (Homestay)
Beli rumah dan ubahsuai
menjadi rumah penginapan (homestay). Pastikan semua kelengkapan ada bagi kemudahan
penyewa. Kena ada modal yang mencukupi untuk hiasan dan lengkapkan kemudahan
(fasiliti).
Kadar sewa yang dikenakan
lebih tinggi (mengikut hari) berbanding sewaan bulanan. Pendapatan akan jauh
lebih tinggi sekiranya berada di kawasan strategik.
Risikonya juga agak
tinggi sekiranya tiada tetamu menginap. Kerana bukan semua hari ada penyewa.
4. Sewa Atas Sewa (Sublet)
Kaedah ini sesuai untuk
mereka yang nak buat pelaburan hartanah tanpa modal besar. Apa yang perlu
dilakukan hanyalah sewa rumah orang, kemudian sewakan kepada orang lain mengikut
bilik atau buat rumah penginapan (homestay).
Untung diperolehi dari
perbezaan kadar sewa antara tuan rumah dengan penyewa lain (kita sebagai orang
tengah). Kaedah ini perlukan kita memiliki kemahiran berunding dan menguruskan
penyewa.
5. Strategi
Underground (Jangan Amalkan)
Bina rumah secara
haram atas tanah orang lain. Ada yang bina di tanah rizab, tanah kerajaan atau
tanah orang lain (ada pemilik). Kemudian bagi sewa atau jual rumah tersebut.
Risiko besar
boleh dirobohkan pada bila-bila masa. Kita juga boleh dipenjarakan atau didenda
sekiranya pemilik tanah membuat keputusan mendakwa di mahkamah.
Tapi sekiranya
kita sudah tinggal lama dan pemilik asal tuntut semula tanah tersebut. Kita boleh
dapat pampasan tanah atau rumah baru secara percuma (sekiranya tidak mahu dakwa
penceroboh).
Tidak kira apa strategik pun
yang hendak digunapakai. Pekara pertama yang perlu kita lakukan adalah dengan
memiliki ilmu pengetahuan yang mencukupi terutama dalam bidang hartanah.
Setiap strategik perlukan
ilmu dan pengalaman yang berbeza. Silap langkah, buruk padahnya. Untung yang
dicari tak dapat. Rugi pula yang diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan